Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Pembentukan dan Pentadbiran Syarikat

68. Kewajipan untuk menyerah simpan penyata tahunan

Feedback & support
(1)

Sesuatu syarikat hendaklah menyerah simpan dengan

Pendaftar suatu penyata tahunan bagi setiap tahun kalendar tidak lewat daripada tiga puluh hari dari tarikh ulang tahun pemerbadanannya.

(2)

Kehendak di bawah subseksyen (1) tidak terpakai bagi suatu syarikat yang dalam tahun kalendar itu syarikat itu diperbadankan.

(3)

Penyata tahunan suatu syarikat hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:

(a)

alamat pejabat berdaftarnya;

116 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(b)

jenis perniagaannya;

(c)

alamat tempat di mana perniagaannya dijalankan termasuklah cawangan, jika ada;

(d)

alamat yang daftar anggotanya disimpan, jika tidak disimpan di pejabat berdaftar;

(e)

alamat yang rekod kewangannya disimpan, jika tidak disimpan di pejabat berdaftar;

(f)

dalam hal suatu syarikat yang mempunyai modal syer, ringkasan struktur pemegangan syernya, termasuklah debentur;

(g)

amaun keseluruhan keterhutangannya;

(h)

butir-butir pengarah, pengurus, setiausaha dan juruaudit;

(i)

senarai anggotanya;

(ia)

maklumat pemunyaan benefisial syarikat itu;

(ib)

alamat yang daftar pemunya benefisial syarikat itu disimpan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 60B(2), jika tidak disimpan di pejabat berdaftarnya; dan

(j)

apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Pendaftar.

(4)

Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukanbentuk dan cara penyata tahunan itu diserah simpan.

(5)

Penyata tahunan itu hendaklah ditandatangani oleh seorang pengarah atau setiausaha syarikat.

(6)

Jika butir-butir yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak berubah dengan penyata tahunan terakhir sebelumnya, syarikat hendaklah dibenarkan untuk menyerah simpan suatu pernyataan yang ditandatangani oleh pengarah atau setiausaha yang memperakukan

Syarikat 117

bahawa tiada perubahan dalam apa-apa perkara yang dinyatakan dengan tahun sebelumnya.

(7)

Suatu syarikat awam yang mempunyai lebih daripada lima ratus anggota dan memberi peluang dan kemudahan yang munasabah untuk seseorang memeriksa dan mengambil salinan daripada senarai anggotanya dan butir-butir syernya yang dipindah milik tidak perlu mematuhi kehendak di bawah perenggan (3)(i) jika dimasukkan ke dalam penyata tahunan—

(a)

suatu perakuan oleh setiausaha bahawa syarikat itu adalah daripada jenis yang subseksyen ini terpakai; dan

(b)

suatu senarai yang menunjukkan butir-butir yang ditetapkan bagi dua puluh pemegang terbesar setiap kelas syer ekuiti.

(8)

Pendaftar boleh mengeluarkan sesuatu syarikat daripada daftar yang diperuntukkan dalam seksyen 549, jika syarikat itu gagal untuk menyerah simpan penyata tahunan bagi tiga tahun atau lebih berturut-turut.

(9)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Report

Bahagian III

Pengurusan Syarikat

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules