Courts of Judicature Act 1964 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian III · Mahkamah Rayuan
39. Persidangan Mahkamah
Feedback & support(1)
Mahkamah hendaklah bersidang pada apa-apa tarikh dan di mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Presiden dari semasa ke semasa:
Dengan syarat bahawa Presiden boleh, jika didapatinya suai manfaat, mengarahkan supaya apa-apa rayuan didengar pada bilabila masa dan di mana-mana tempat di Malaysia.
(2)
Presiden boleh mengkensel atau menangguhkan mana-mana persidangan Mahkamah yang telah ditetapkan di bawah subseksyen (1).