Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2024Read it in English

Bahagian III · Mahkamah Rayuan

52. Rekod prosiding

Feedback & support
(1)

Apabila sesuatu notis rayuan telah difailkan Hakim yang olehnya keputusan itu dibuat hendaklah, jika dia belum lagi menulis penghakimannya, merekodkan secara bertulis alasan keputusannya, dan penghakiman bertulis atau alasan keputusan itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod prosiding itu.

(2)

Dengan seberapa segera yang mungkin selepas notis rayuan telah difailkan, Pendaftar hendaklah menyebabkan supaya disampaikan kepada perayu atau peguam belanya di alamat bagi penyampaiannya yang dinyatakan di bawah subseksyen 51(2) suatu notis bahawa salinan rekod itu sudah tersedia dan boleh diperoleh atas permohonan untuk mendapatkannya atas pembayaran fi yang ditetapkan:

Dengan syarat bahawa dalam hal rayuan oleh Pendakwa Raya suatu salinan rekod itu hendaklah diberikan kepadanya tanpa pembayaran apa-apa fi.

Report

Bahagian IV

Mahkamah Persekutuan

Schedules