Courts of Judicature Act 1964 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian III · Mahkamah Rayuan
55. Pemindahan kertas ke Mahkamah Rayuan
Feedback & support(1)
Apabila perayu telah mematuhi seksyen 51 dan 53 Pendaftar Mahkamah yang daripadanya rayuan dibuat hendaklah dengan sertamerta menghantar kepada Mahkamah Rayuan empat salinan rekod prosiding dalam kes itu, serta empat salinan notis rayuan dan petisyen rayuan itu.
(2)
Pendaftar Mahkamah yang daripadanya rayuan dibuat hendaklah juga memberikan responden atau peguam belanya suatu salinan rekod prosiding dalam kes itu dan suatu salinan notis rayuan dan petisyen rayuan itu.