Courts of Judicature Act 1964 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian III · Mahkamah Rayuan
60. Kuasa Mahkamah Rayuan
Feedback & supportDalam pendengaran sesuatu rayuan Mahkamah Rayuan hendaklah mendengar perayu atau peguam belanya, jika dia hadir, dan, jika difikirkannya patut, responden atau peguam belanya, jika dia hadir, dan boleh mendengar perayu atau peguam belanya membuat jawapan dan sesudah itu Mahkamah Rayuan boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Mahkamah Tinggi, atau boleh memerintahkan perbicaraan semula atau boleh menghantar balik perkara itu bersama-sama pendapat Mahkamah Rayuan mengenainya kepada mahkamah perbicaraan, atau boleh membuat apa-apa perintah lain dalam perkara itu yang padanya nampak adil, dan boleh melalui perintah itu menjalankan apa-apa kuasa yang boleh dijalankan oleh mahkamah perbicaraan:
Dengan syarat bahawa Mahkamah Rayuan boleh, walaupun ia berpendapat bahawa perkara yang dibangkitkan dalam rayuan itu boleh diputuskan dengan memihak kepada perayu, menolak rayuan itu jika didapatinya bahawa tiada apa-apa salah laksana keadilan yang substansial telah berlaku.
Dalam pendengaran sesuatu rayuan Mahkamah Rayuan boleh, jika ia berpendapat bahawa suatu hukuman yang lain sepatutnya dijatuhkan, membatalkan hukuman yang telah dijatuhkan, disahkan atau diubah oleh Mahkamah Tinggi dan menjatuhkan apa-apa hukuman lain yang diwajarkan di sisi undang-undang (sama ada lebih atau kurang beratnya) sebagai menggantikan hukuman itu yang difikirkannya patut telah dijatuhkan.
Mahkamah Rayuan tidak boleh sekali-kali membuat apaapa perintah di bawah seksyen ini tentang pembayaran kos manamana rayuan kepada atau oleh perayu atau responden.