Skip to content

Seksyen 62

Penghakiman

of Akta Mahkamah Kehakiman 1964

ActIn forceProvision 61 of 99
Seksyen 62
(1)

Apabila tamatnya pendengaran sesuatu rayuan Mahkamah Rayuan hendaklah, sama ada dengan serta-merta atau pada suatu tarikh akan datang yang hendaklah ditetapkan pada waktu itu bagi maksud itu atau yang notis mengenainya hendaklah diberikan kemudiannya kepada pihak, menyampaikan penghakiman dalam mahkamah terbuka.

(2)

Dalam rayuan dan perkara jenayah Mahkamah Rayuan hendaklah pada lazimnya memberikan hanya satu penghakiman, yang bolehlah diumumkan oleh Presiden atau oleh anggota lain Mahkamah Rayuan yang diarahkan oleh Presiden:

Dengan syarat bahawa penghakiman yang berasingan hendaklah diumumkan jika ditentukan sedemikian oleh Presiden.

(3)

Penghakiman mana-mana anggota Mahkamah Rayuan yang tidak hadir bolehlah dibaca oleh mana-mana Hakim lain.