Skip to content

Seksyen 68

of Akta Mahkamah Kehakiman 1964

ActIn forceProvision 65 of 99

Seksyen 68

(1)

Tiada rayuan boleh dibawa kepada Mahkamah Rayuan dalam mana-mana hal yang berikut:

(b)

jika penghakiman atau perintah itu dibuat dengan persetujuan pihak-pihak;

(c)

jika penghakiman atau perintah itu berhubungan dengan kos sahaja, yang mengikut undang-undang adalah terpulang kepada budi bicara Mahkamah, kecuali dengan kebenaran Mahkamah Rayuan; dan

(d)

jika, melalui mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa, penghakiman atau perintah Mahkamah Tinggi itu diisytiharkan dengan nyata sebagai muktamad.

(2)

(Dipotong oleh Akta A886).

(3)

Tiada rayuan boleh dibuat terhadap sesuatu keputusan seorang Hakim dalam Kamar secara terus atas sesuatu saman interplider, jika fakta tidak dipertikaikan, kecuali dengan kebenaran Mahkamah Rayuan, tetapi rayuan boleh dibuat terhadap sesuatu penghakiman yang diberikan di dalam mahkamah atas perbicaraan sesuatu isu interplider.