Skip to content

Seksyen 57

Rayuan tidak boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan

of Akta Mahkamah Kehakiman 1964

ActIn forceProvision 56 of 99
Seksyen 57
(1)

Kecuali dalam hal yang disebut dalam subseksyen (3) dan seksyen 56A, tiada rayuan boleh berkuat kuasa sebagai suatu penggantungan pelaksanaan, tetapi Mahkamah Tinggi atau Mahkamah

Rayuan boleh menggantung pelaksanaan ke atas apa-apa penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sementara menunggu rayuan atas apa-apa terma tentang jaminan bagi pembayaran apa-apa wang atau pelaksanaan atau ketidaklaksanaan apa-apa perbuatan atau penanggungan apa-apa hukuman yang diperintahkan oleh atau dalam penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman itu sebagaimana yang disifatkan munasabah oleh Mahkamah itu.

(2)

Jika pada akhirnya perayu dihukum dengan pemenjaraan, masa yang pelaksanaan hukuman itu digantung hendaklah tidak dimasukkan dalam pengiraan tempoh hukumannya melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah Rayuan.

(3)

Dalam hal sesuatu sabitan yang melibatkan hukuman mati atau hukuman jasad—

(a)

hukuman itu tidak boleh sekali-kali dilaksanakan sehingga selepas tamat masa yang dalamnya notis rayuan boleh diberikan di bawah seksyen 51, atau apa-apa pelanjutan masa yang dibenarkan di bawah seksyen 56; dan

(b)

jika notis diberikan sedemikian hukuman itu tidak boleh dilaksanakan sehingga selepas rayuan itu diputuskan.