Seksyen 63
Penghakiman hendaklah diperakukan
of Akta Mahkamah Kehakiman 1964
Bilamana sesuatu kes jenayah diputuskan atas rayuan, Mahkamah Rayuan hendaklah memperakukan penghakiman atau perintahnya kepada mahkamah yang berkenaan.
(2)
Mahkamah yang berkenaan hendaklah sesudah itu membuat apa-apa perintah yang menepati penghakiman atau perintah Mahkamah Rayuan itu, dan, jika perlu, rekod itu hendaklah dipinda mengikut penghakiman atau perintah itu.
(3)
Apabila mana-mana rayuan ditarik balik atau diberhentikan Pendaftar Mahkamah Rayuan hendaklah memberitahu mahkamah yang berkenaan itu dengan sewajarnya dan jika apa-apa penggantungan pelaksanaan telah diberikan hukuman atau perintah mahkamah perbicaraan itu atau yang telah diubah oleh Mahkamah Tinggi dalam bidang kuasa rayuannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dikuatkuasakan dengan serta-merta, tetapi apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh disifatkan menghadkan atau menyekat kuasa melanjutkan masa yang diberikan kepada Mahkamah Rayuan oleh seksyen 56.