Skip to content

Seksyen 61

Keterangan tambahan

of Akta Mahkamah Kehakiman 1964

ActIn forceProvision 60 of 99
Seksyen 61
(1)

Pada menguruskan apa-apa rayuan dalam kes jenayah Mahkamah Rayuan boleh, jika difikirkannya bahawa keterangan tambahan adalah perlu, sama ada mengambil keterangan itu sendiri atau mengarahkan supaya keterangan itu diambil oleh mahkamah perbicaraan.

(2)

Apabila keterangan tambahan itu diambil oleh mahkamah perbicaraan, ia hendaklah memperakui keterangan itu, dengan suatu pernyataan pendapatnya mengenai kes yang dipertimbangkan itu tentang keterangan tambahan itu, kepada Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Rayuan hendaklah sesudah itu meneruskan untuk membereskan rayuan itu.

(3)

Pihak kepada rayuan itu hendaklah hadir apabila keterangan tambahan diambil.

(4)

Pada menguruskan apa-apa rayuan dalam sesuatu kes jenayah Mahkamah Rayuan boleh juga, jika difikirkannya patut, meminta dan menerima daripada mahkamah perbicaraan suatu laporan tentang apa-apa perkara yang berkaitan dengan perbicaraan itu.