Seksyen 44
Arahan sampingan dan perintah interim
of Akta Mahkamah Kehakiman 1964
Dalam apa-apa prosiding yang belum selesai di hadapan Mahkamah Rayuan, apa-apa arahan yang bersampingan dengannya yang tidak melibatkan keputusan prosiding itu, apa-apa perintah interim bagi mengelakkan kemudaratan pada tuntutan pihak sementara menunggu pendengaran prosiding itu,apa-apa perintah bagi jaminan kos dan bagi pembuangan sesuatu prosiding atas keingkaran memberikan jaminan yang diperintahkan sedemikian, boleh dibuat pada bila-bila masa oleh seorang Hakim Mahkamah Rayuan.
(2)
Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai suatu prosiding di Mahkamah Rayuan.
(3)
Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh, apabila permohonan dibuat oleh pihak yang terkilan dalam tempoh sepuluh hari selepas perintah itu disampaikan, disahkan, diubah atau dilepaskan oleh Mahkamah itu.
45-49. (Dipotong oleh Akta A886).
Bidang Kuasa Asal
Bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan rayuan jenayah
Bidang Kuasa Rayuan-Rayuan Jenayah