Skip to content

Seksyen 53

Petisyen rayuan

of Akta Mahkamah Kehakiman 1964

ActIn forceProvision 51 of 99
Seksyen 53
(1)

Dalam tempoh sepuluh hari selepas penyampaian notis yang disebut dalam subseksyen 52(2) perayu hendaklah memfailkan dengan Pendaftar Mahkamah yang daripadanya rayuan dibuat suatu petisyen rayuan dan lima salinan petisyen rayuan itu yang dialamatkan kepada Mahkamah Rayuan.

(2)

Tiap-tiap petisyen rayuan hendaklah ditandatangani oleh perayu atau peguam belanya dan hendaklah mengandungi butiran mengenai. perkara undang-undang atau fakta yang tentangnya Mahkamah Tinggi dikatakan telah silap, dan, kecuali dengan kebenaran Mahkamah Rayuan, perayu tidak boleh dibenarkan, semasa pendengaran rayuan itu, untuk bergantung pada apa-apa alasan rayuan selain yang telah dinyatakan dalam petisyen itu.

(3)

Jika sesuatu petisyen tidak difailkan dalam masa yang ditetapkan oleh seksyen ini rayuan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik, tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh disifatkan menghadkan atau menyekat kuasa melanjutkan masa yang diberikan kepada Mahkamah Rayuan oleh seksyen 56.