Seksyen 51
Notis rayuan
of Akta Mahkamah Kehakiman 1964
Tiap-tiap rayuan hendaklah melalui notis bertulis yang hendaklah difailkan dengan Pendaftar Mahkamah yang daripadanya rayuan dibuat di tempat yang keputusan yang dirayukan itu diberikan dalam tempoh empat belas hari selepas tarikh keputusan itu.
(2)
Tiap-tiap notis rayuan hendaklah menyatakan dengan ringkasisi penghakiman yang dirayukan, hendaklah mengandungi alamat yang apa-apa notis atau dokumen yang berkaitan dengan rayuan itu boleh disampaikan kepada perayu atau kepada peguam belanya, dan, kecuali jika notis rayuan itu diberikan secara lisan di bawah seksyen 54, hendaklah ditandatangani oleh perayu atau peguam belanya:
Dengan syarat bahawa, dalam hal suatu rayuan di bawah subseksyen 50(2), pengiraan tempoh empat belas hari yang disebut terdahulu hendaklah bermula dari tarikh sebaik selepas kebenaran diberikan oleh Mahkamah Rayuan.