Skip to content

Seksyen 54

Tatacara jika perayu berada di dalam penjara

of Akta Mahkamah Kehakiman 1964

ActIn forceProvision 52 of 99
Seksyen 54
(1)

Jika perayu berada di dalam penjara, dia hendaklah disifatkan telah mematuhi kehendak seksyen 51 dan 53 jika dia memberikan pegawai penjaga penjara itu, sama ada secara lisan atau bertulis, notis rayuan dan butiran yang dikehendaki dimasukkan dalam petisyen rayuan itu dalam masa yang ditetapkan oleh seksyen itu.

(2)

Pegawai penjara yang disebut terdahulu hendaklah dengan serta-merta menghantar notis dan petisyen itu atau maksudnya kepada Pendaftar Mahkamah yang daripadanya rayuan itu dibuat di tempat keputusan yang dirayukan itu telah diberikan.