Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2023Read it in English
Contents

Bab XVI · Pemulaan Prosiding di Hadapan Mahkamah Majistret

137. Kehadiran diri tertuduh boleh diketepikan

Feedback & support
(1)

Apabila seseorang Majistret mengeluarkan sesuatu saman, dia boleh, menurut budi bicaranya, melalui endorsan atau nota kaki pada saman itu, mengetepikan, tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, kehadiran diri tertuduh itu dan membenarkannya hadir melalui peguam bela.

(2)

Dalam apa-apa kes yang berhubungan dengan sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda sahaja atau dengan pemenjaraan sahaja selama tempoh yang tidak melebihi tiga bulan atau dengan kedua-dua denda dan pemenjaraan yang tidak melebihi tiga bulan dan yang Majistret telah mengeluarkan suatu saman, seseorang tertuduh yang berhasrat untuk mengaku salah dan disabitkan dan dihukum tanpa kehadirannya boleh hadir melalui peguam bela, atau boleh melalui surat yang ditujukan kepada Majistret itu mengaku salah dan memberi kesanggupan untuk membayar apa-apa denda yang boleh dikenakan berkenaan dengan kesalahan itu dan Majistret itu boleh sesudah itu merekodkan akuan bersalah dan mensabitkannya mengikut undang-undang, dan boleh menghukumnya dengan denda dengan atau tanpa hukuman pemenjaraan jika ingkar membayar denda itu.

(3)

Dalam hal akuan bersalah melalui surat, tertuduh itu hendaklah memberikan alamat pos yang memadai dalam surat itu dan Majistret itu hendaklah memberitahu tertuduh itu melalui surat yang dihantar melalui pos berdaftar ke alamat itu mengenai hukuman yang telah dikenakan. Apa-apa denda yang dikenakan sedemikian hendaklah dibayar oleh tertuduh itu dalam masa tujuh hari dari hari yang surat

Majistret itu diserahkan di alamat itu mengikut perjalanan biasa pos.

(4)

Majistret yang menyiasat atau membicarakan kes itu boleh, menurut budi bicaranya pada mana-mana peringkat prosiding itu, mengarahkan tertuduh itu hadir sendiri, dan jika perlu

120

Undang-Undang Malaysia menguatkuasakan kehadiran itu mengikut cara yang diperuntukkan terdahulu daripada ini.

(5)

Suatu hukuman pemenjaraan tanpa opsyen denda tidak boleh dijatuhkan tanpa kehadiran tertuduh itu tetapi Majistret itu, jika dia berniat untuk menjatuhkan hukuman sedemikian, hendaklah mengarahkan dan menguatkuasakan kehadiran diri tertuduh itu mengikut subseksyen (4), dan apabila hadir boleh, tertakluk pada subseksyen (6), menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang.

(6)

Apabila tertuduh itu hadir seperti yang disebut terdahulu,

Majistret itu hendaklah, jika tertuduh itu berhasrat untuk menarik balik akuan bersalahnya dan minta bicara, dan walau apa pun apa-apa perintah sabitan yang dibuat tanpa kehadirannya, membenarkan tertuduh itu untuk menarik balik akuan itu dan hendaklah sesudah itu mendengar dan memutuskan kes itu dan, jika tertuduh disabitkan, menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang.

(7)

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh menyentuh kuasa Mahkamah yang diberikan oleh perenggan 173(o).

Report

Bab XVII

Siasatan Permulaan bagi Kes yang Boleh Dibicarakan Oleh Mahkamah Tinggi

Bab XVIII

Bab XIX

Perbicaraan Terus Oleh Majistret

Bab XX

Bab XXI

Perbicaraan di Hadapan Mahkamah Tinggi Dengan Bantuan Pengapit

Bab XXII

Perbicaraan Dengan Juri di Hadapan

Bab XXIII

Juri dan Pengapit

Bab XXIV

Peruntukan Am Tentang Siasatan dan Perbicaraan

Bab XXV

Kaedah Mengambil dan Merekodkan Keterangan dalam Siasatan dan Perbicaraan

Bab XXVI

Penghakiman

Bab XXVII

Hukuman dan Penjalanannya

Bab XXVIII

Penggantungan, Peremitan dan Peringanan Hukuman

Bab XXIX

Pembebasan atau Sabitan Terdahulu

Bahagian VII

Rayuan dan Penyemakan

Bab XXX

Rayuan Kepada Mahkamah Tinggi

Bab XXXI

Penyemakan

Bahagian VIII

Prosiding Khas

Bab XXXIII

Orang Tidak Sempurna Akal

Bab XXXIV

Prosiding dalam Hal Kesalahan Tertentu yang Menyentuh Pentadbiran Keadilan

Bab XXXV

Nafkah bagi Isteri-Isteri dan Anak-Anak

Bab XXXVI

Arahan bagi Sifat Sesuatu Habeas Corpus

Bahagian IX

Peruntukan Tambahan

Bab XXXVII

Pendakwa Raya

Bab XXXVIII

Jaminan

Bab XXXIX

Peruntukan Khas yang Berhubungan Dengan Keterangan

Bab XL

Peruntukan Tentang Bon

Bab XLI

Pelupusan Ekshibit dan Harta yang Menjadi Perkara Kesalahan

Bab XLII

Pemindahan Kes Jenayah

Bab XLIII

Ketidakteraturan dalam Prosiding

Bab XLIV

Pelbagai

Bab V

Bab V— Persubahatan

Bab V

Bab V— Persubahatan— (Samb.)

Bab V

Bab V— Persubahatan—(Samb.)

Bab VI

Bab Vi—Kesalahan Terhadap Negara

Bab VII

Bab VII —Kesalahan yang Berhubungan Dengan Angkatan Tentera

Bab VIII

Bab VIII —Kesalahan Terhadap Ketenangan Awam

Bab VIII

Bab VIII —Kesalahan Terhadap Ketenangan Awam—(Samb.)

Bab IX

Bab IX — Kesalahan Oleh, atau yang Berhubungan Dengan Pekhidmat Awam

Bab IX

Bab IX — Kesalahan Oleh, atau yang Berhubungan Dengan Pekhidmat Awam—(Samb.)

Bab X

Bab X—Penghinaan ke Atas Kuasa Pekhidmat Awam yang Sah

Bab XI

Bab Xi—Keterangan Palsu dan Kesalahan Terhadap Keadilan Awam

Bab XII

Bab Xii—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Syiling dan Setem Kerajaan

Bab XIII

Bab Xiii—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Timbang dan Sukat

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menyentuh Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral Awam

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menyentuh Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menjejaskan Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral

Bab XV

Bab Xv—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Agama

Bab XV

Bab Xv—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Agama—(Samb.)

Bab XVI

Bab Xvi—Kesalahan yang Menyentuh Tubuh Manusia

Bab XVII

Bab Xvii—Kesalahan Terhadap Harta

Bab XIX

Bab Xix—Mungkir Kontrak Perkhidmatan Secara Jenayah

Bab XX

Bab Xx—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Perkahwinan

Bab XXI

Bab Xxi—Fitnah

Bab XXII

Bab Xxii—Ugutan Jenayah, Penghinaan dan Kegusaran

Schedules