Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XV · Aduan Kepada Majistret
133. Pemeriksaan pengadu
Feedback & supportApabila seseorang Majistret mengambil kognisans mengenai sesuatu kesalahan berdasarkan aduan —
Majistret itu hendaklah menetapkan tarikh untuk memeriksa pengadu itu mengikut seksyen ini;
Majistret itu hendaklah menyampaikan kepada Pendakwa
Raya suatu notis secara bertulis sekurang-kurangnya tujuh hari genap sebelum tarikh pemeriksaan terhadap pengadu itu dan notis itu hendaklah menyatakan tarikh pemeriksaan terhadap pengadu itu dan butir-butir aduan yang diterima oleh Majistret itu di bawah seksyen 128;
Majistret itu tidak boleh meneruskan pemeriksaan terhadap pengadu itu melainkan jika notis yang dikehendaki di bawah perenggan (b) telah disampaikan kepada Pendakwa
Raya mengikut perenggan itu;
Kanun Tatacara Jenayah 117
Majistret itu hendaklah memeriksa pengadu itu dengan sumpah dan isi pemeriksaan terhadap pengadu itu hendaklah diubah ke dalam bentuk bertulis dan hendaklah ditandatangani oleh pengadu itu dan oleh Majistret itu;
Pendakwa Raya boleh hadir dan membantu Majistret itu semasa pemeriksaan terhadap pengadu itu.
Walau apa pun subseksyen (1), Pendakwa Raya boleh pada mana-mana peringkat pemeriksaan itu mengarahkan polis untuk menyiasat kesalahan yang diadukan itu dan untuk melaporkannya kepada Pendakwa Raya.
Jika Pendakwa Raya mengarahkan polis untuk menyiasat kesalahan yang diadukan itu, Majistret itu tidak boleh meneruskan pemeriksaan terhadap pengadu itu.
Seksyen ini tidak terpakai bagi sesuatu aduan mengenai sesuatu kesalahan jika saman telah dipohon dalam sesuatu kes saman yang dibuat oleh seseorang pegawai polis, pegawai awam atau pekhidmat awam yang bertindak atas sifat rasminya.