Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2023Read it in English
Contents

Bab XIX · Perbicaraan Terus Oleh Majistret

173. Tatacara dalam perbicaraan terus

Feedback & support

Tatacara yang berikut hendaklah dipatuhi oleh Majistret dalam perbicaraan terus:

142

Undang-Undang Malaysia

(a)

Apabila tertuduh hadir atau dibawa ke hadapan Mahkamah suatu pertuduhan yang mengandungi butir-butir kesalahan yang dia dituduh hendaklah dibentuk dan dibacakan dan dijelaskan kepadanya, dan dia hendaklah ditanya sama ada dia bersalah atas kesalahan yang dipertuduh itu atau minta dibicarakan.

(b)

Jika tertuduh mengaku salah atas pertuduhan itu, sama ada dalam bentuk asalnya atau yang dipinda, akuan itu hendaklah direkodkan dan dia boleh disabitkan atasnya dan

Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang:

Dengan syarat bahawa sebelum suatu akuan salah direkodkan, Mahkamah hendaklah menentukan bahawa tertuduh memahami sifat dan akibat daripada akuannya itu dan berniat untuk mengakui, tanpa syarat, kesalahan yang dikatakan terhadapnya.

(c)

Jika tertuduh enggan membuat akuan atau tidak membuat akuan atau minta dibicarakan, Mahkamah hendaklah meneruskan untuk mengambil segala keterangan sedemikian yang dikemukakan bagi menyokong pihak pendakwaan.

(d)

Apabila difikirkan perlu oleh Mahkamah, Mahkamah hendaklah mendapatkan daripada pengadu atau selainnya nama mana-mana orang yang mungkin mempunyai pengetahuan tentang fakta kes itu dan yang dapat memberikan keterangan bagi pihak pendakwaan, dan hendaklah memanggil mana-mana daripada mereka sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk memberikan keterangan di hadapannya.

(e)

Tertuduh hendaklah dibenarkan untuk memeriksa balas semua saksi bagi pihak pendakwaan.

(f)

(i)

Apabila kes bagi pihak pendakwaan ditutup,

Mahkamah hendaklah menimbangkan sama ada pihak

Kanun Tatacara Jenayah 143

pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

(ii)

Jika Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan tidak membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh,

Mahkamah hendaklah merekodkan suatu perintah pembebasan.

(g)

Tiada apa-apa jua dalam perenggan (f) boleh disifatkan menghalang Mahkamah daripada melepaskan tertuduh pada mana-mana peringkat terdahulu bagi kes itu jika bagi sebab-sebab yang hendaklah direkodkan oleh Mahkamah ia berpendapat pertuduhan itu tidak berasas.

(h)

(i)

Jika Mahkamah mendapati bahawa kes prima facie telah dibuktikan terhadap tertuduh atas kesalahan yang dipertuduh,

Mahkamah hendaklah memanggil tertuduh untuk membuat pembelaannya.

(ii)

Jika Mahkamah mendapati bahawa kes prima facie telah dibuktikan terhadap tertuduh atas suatu kesalahan selain kesalahan yang dipertuduh yang Mahkamah itu berwibawa untuk membicarakannya dan yang pada pendapat Mahkamah ia patut dibicarakan, Mahkamah hendaklah meminda pertuduhan itu.

(iii)

Bagi maksud subperenggan (i) dan (ii), suatu kes prima facie dibuktikan terhadap tertuduh jika pihak pendakwaan telah mengemukakan keterangan yang boleh dipercayai yang membuktikan setiap unsur kesalahan yang jika tidak disangkal atau tidak dijelaskan akan mewajarkan suatu sabitan.

(ha)

Apabila Mahkamah memanggil tertuduh untuk membuat pembelaannya di bawah subperenggan (h)(i), Mahkamah hendaklah membacakan dan menjelaskan tiga pilihan kepada tertuduh seperti yang berikut:

(i)

untuk memberikan keterangan bersumpah dalam kandang saksi;

144

Undang-Undang Malaysia

(ii)

untuk memberikan pernyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh; atau

(iii)

untuk berdiam diri.

(i)

Pertuduhan itu jika dipinda hendaklah dibacakan kepada tertuduh sebagaimana yang dipinda dan dia hendaklah ditanya lagi sama ada dia bersalah atas kesalahan dalam pertuduhan itu sebagaimana yang dipinda.

(j)

(i)

Jika tertuduh mengaku salah atas pertuduhan sebagaimana yang dipinda, akuan itu hendaklah direkodkan dan dia boleh disabitkan atasnya dan

Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang:

Dengan syarat bahawa sebelum akuan salah direkodkan Mahkamah hendaklah menentukan bahawa tertuduh memahami sifat dan akibat daripada akuannya itu dan berniat untuk mengakui, tanpa syarat, kesalahan yang dikatakan terhadapnya.

(ii)

Jika tertuduh tidak mengaku salah atas pertuduhan sebagaimana yang dipinda, tertuduh hendaklah dipanggil untuk membuat pembelaannya.

(iii)

Apabila tertuduh dipanggil untuk membuat pembelaannya, dia boleh mengemukakan keterangannya dan hendaklah dibenarkan untuk memanggil semula dan memeriksa balas mana-mana saksi yang hadir di Mahkamah atau kawasan sekitarnya:

Dengan syarat bahawa jika tertuduh memilih untuk dipanggil sebagai saksi, keterangannya hendaklah diambil sebelum keterangan saksi lain bagi pihak pembelaan:

Dengan syarat selanjutnya bahawa mana-mana orang tertuduh yang memilih untuk dipanggil sebagai saksi

Kanun Tatacara Jenayah 145

boleh diperiksa balas bagi pihak mana-mana orang tertuduh lain.

(k)

Jika tertuduh mengemukakan apa-apa pernyataan bertulis,

Mahkamah hendaklah memfailkannya dengan rekod.

(l)

(i)

Jika tertuduh memohon kepada Mahkamah supaya dikeluarkan apa-apa proses bagi memaksa kehadiran mana-mana saksi (sama ada saksi itu telah atau belum terdahulunya diperiksa dalam kes itu) bagi maksud pemeriksaan atau pemeriksaan balas atau pengemukaan apa-apa dokumen atau benda lain, Mahkamah hendaklah mengeluarkan proses itu melainkan jika ia berpendapat bahawa permohonan itu patut ditolak atas alasan bahawa ia dibuat bagi maksud menyusahkan atau melengahkan atau bagi menggagalkan matlamat keadilan, yang dalam hal itu alasan itu hendaklah direkodkan olehnya secara bertulis.

(ii)

Mahkamah boleh, sebelum memanggil mana-mana saksi atas permohonan itu, menghendaki supaya perbelanjaan munasabah yang dilakukannya untuk hadir bagi maksud perbicaraan didepositkan di

Mahkamah.

(m)

(i)

Pada penutupan perbicaraan, Mahkamah hendaklah menimbangkan segala keterangan yang dikemukakan di hadapannya dan hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya tanpa keraguan yang munasabah.

(ii)

Jika Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya tanpa keraguan yang munasabah, Mahkamah hendaklah mendapati tertuduh bersalah dan dia boleh disabitkan atasnya dan

Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang.:

Dengan syarat bahawa sebelum

Mahkamah menjatuhkan hukuman, Mahkamah hendaklah, atas

146

Undang-Undang Malaysia permintaan mangsa kesalahan itu atau keluarga mangsa, memanggil mangsa atau anggota keluarga mangsa untuk membuat suatu pernyataan mengenai impak kesalahan itu terhadap mangsa atau keluarganya;

dan jika mangsa atau anggota keluarga mangsa itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab pada prosiding itu selepas dipanggil oleh Mahkamah, Mahkamah boleh menurut budi bicaranya menerima suatu pernyataan bertulis mangsa atau anggota keluarga mangsa.

(iii)

Jika Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan tidak membuktikan kesnya tanpa keraguan yang munasabah, Mahkamah hendaklah merekodkan suatu perintah pembebasan.

(n)

Apabila prosiding telah dimulakan atas aduan seseorang dengan sumpah di bawah seksyen 133 dan pada mana-mana hari yang ditetapkan bagi pendengaran kes itu pengadu itu tidak hadir dan kesalahan itu boleh dikompaun dengan sah, Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung terdahulu daripada ini, melepaskan tertuduh itu pada bila-bila masa sebelum memanggilnya untuk membuat pembelaannya.

(o)

Jika tertuduh tidak hadir pada masa dan di tempat yang disebut dalam saman itu dan didapati oleh Mahkamah bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya dalam masa yang munasabah sebelum masa yang ditetapkan untuk hadir dan tiada alasan yang mencukupi ditunjukkan bagi penangguhan, Mahkamah boleh sama ada meneruskan untuk mendengar dan memutuskan aduan itu secara ex parte atau boleh menangguhkan pendengaran itu ke suatu hari yang akan datang.

Report

Bab XX

Bab XXI

Perbicaraan di Hadapan Mahkamah Tinggi Dengan Bantuan Pengapit

Bab XXII

Perbicaraan Dengan Juri di Hadapan

Bab XXIII

Juri dan Pengapit

Bab XXIV

Peruntukan Am Tentang Siasatan dan Perbicaraan

Bab XXV

Kaedah Mengambil dan Merekodkan Keterangan dalam Siasatan dan Perbicaraan

Bab XXVI

Penghakiman

Bab XXVII

Hukuman dan Penjalanannya

Bab XXVIII

Penggantungan, Peremitan dan Peringanan Hukuman

Bab XXIX

Pembebasan atau Sabitan Terdahulu

Bahagian VII

Rayuan dan Penyemakan

Bab XXX

Rayuan Kepada Mahkamah Tinggi

Bab XXXI

Penyemakan

Bahagian VIII

Prosiding Khas

Bab XXXIII

Orang Tidak Sempurna Akal

Bab XXXIV

Prosiding dalam Hal Kesalahan Tertentu yang Menyentuh Pentadbiran Keadilan

Bab XXXV

Nafkah bagi Isteri-Isteri dan Anak-Anak

Bab XXXVI

Arahan bagi Sifat Sesuatu Habeas Corpus

Bahagian IX

Peruntukan Tambahan

Bab XXXVII

Pendakwa Raya

Bab XXXVIII

Jaminan

Bab XXXIX

Peruntukan Khas yang Berhubungan Dengan Keterangan

Bab XL

Peruntukan Tentang Bon

Bab XLI

Pelupusan Ekshibit dan Harta yang Menjadi Perkara Kesalahan

Bab XLII

Pemindahan Kes Jenayah

Bab XLIII

Ketidakteraturan dalam Prosiding

Bab XLIV

Pelbagai

Bab V

Bab V— Persubahatan

Bab V

Bab V— Persubahatan— (Samb.)

Bab V

Bab V— Persubahatan—(Samb.)

Bab VI

Bab Vi—Kesalahan Terhadap Negara

Bab VII

Bab VII —Kesalahan yang Berhubungan Dengan Angkatan Tentera

Bab VIII

Bab VIII —Kesalahan Terhadap Ketenangan Awam

Bab VIII

Bab VIII —Kesalahan Terhadap Ketenangan Awam—(Samb.)

Bab IX

Bab IX — Kesalahan Oleh, atau yang Berhubungan Dengan Pekhidmat Awam

Bab IX

Bab IX — Kesalahan Oleh, atau yang Berhubungan Dengan Pekhidmat Awam—(Samb.)

Bab X

Bab X—Penghinaan ke Atas Kuasa Pekhidmat Awam yang Sah

Bab XI

Bab Xi—Keterangan Palsu dan Kesalahan Terhadap Keadilan Awam

Bab XII

Bab Xii—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Syiling dan Setem Kerajaan

Bab XIII

Bab Xiii—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Timbang dan Sukat

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menyentuh Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral Awam

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menyentuh Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menjejaskan Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral

Bab XV

Bab Xv—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Agama

Bab XV

Bab Xv—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Agama—(Samb.)

Bab XVI

Bab Xvi—Kesalahan yang Menyentuh Tubuh Manusia

Bab XVII

Bab Xvii—Kesalahan Terhadap Harta

Bab XIX

Bab Xix—Mungkir Kontrak Perkhidmatan Secara Jenayah

Bab XX

Bab Xx—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Perkahwinan

Bab XXI

Bab Xxi—Fitnah

Bab XXII

Bab Xxii—Ugutan Jenayah, Penghinaan dan Kegusaran

Schedules