Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XX
178. Permulaan perbicaraan
Feedback & supportApabila Mahkamah bersedia untuk memulakan perbicaraan, tertuduh hendaklah hadir atau dibawa ke hadapannya dan pertuduhan hendaklah dibacakan dan dijelaskan kepadanya dan dia hendaklah ditanya sama ada dia bersalah atas kesalahan yang dipertuduh itu atau minta dibicarakan.
Jika tertuduh itu mengaku salah, akuan itu hendaklah direkodkan dan dia boleh disabitkan atas akuan itu:
Dengan syarat bahawa sebelum suatu akuan salah direkodkan,
Mahkamah hendaklah menentukan bahawa tertuduh memahami sifat dan akibat daripada akuannya itu dan berniat untuk mengakui, tanpa syarat, kesalahan yang dikatakan terhadapnya.
Jika tertuduh itu enggan membuat akuan atau tidak membuat akuan, atau jika dia minta dibicarakan, Mahkamah hendaklah meneruskan untuk membicarakan kes itu.