Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab IV · Penangkapan, Lepas Lari dan Penangkapan Semula
15. Bagaimana penangkapan dibuat
Feedback & supportDalam membuat sesuatu penangkapan, pegawai polis atau orang lain yang membuat penangkapan itu hendaklah dengan sebenarnya menyentuh atau mengurung orang yang hendak ditangkap itu melainkan jika dia menyerah kepada penahanan itu melalui perkataan atau perbuatan.
40
Undang-Undang Malaysia
Jika orang itu dengan kekerasan menentang usaha untuk menangkapnya atau cuba untuk mengelakkan penangkapan itu, pegawai atau orang lain itu boleh menggunakan segala cara yang perlu untuk melaksanakan penangkapan itu.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini memberikan hak untuk menyebabkan kematian seseorang yang tidak dituduh atas suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup.