Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXIX · Pembebasan atau Sabitan Terdahulu
302. Orang yang telah disabitkan atau dibebaskan tidak boleh dibicarakan semula bagi kesalahan yang sama
Feedback & supportSeseorang yang telah dibicarakan oleh sesuatu Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa atas sesuatu kesalahan dan disabitkan atas atau dibebaskan daripada kesalahan itu tidak boleh, selagi sabitan atau pembebasan itu masih berkuat kuasa, dibicarakan semula bagi kesalahan yang sama atau berdasarkan fakta yang sama bagi apa-apa kesalahan lain yang baginya suatu pertuduhan yang berlainan daripada pertuduhan yang telah dibuat terhadapnya yang boleh dibuat di bawah seksyen 166 atau yang baginya dia boleh disabitkan di bawah seksyen 167.
Kanun Tatacara Jenayah 201
Seseorang yang dibebaskan daripada atau disabitkan atas apa-apa kesalahan boleh kemudiannya dibicarakan bagi apa-apa kesalahan yang berbeza yang baginya suatu pertuduhan berasingan boleh dibuat terhadapnya dalam perbicaraan yang dahulu itu di bawah subseksyen 165(1).
Seseorang yang disabitkan atas apa-apa kesalahan yang terjadi melalui apa-apa perbuatan yang menyebabkan akibat yang, berserta dengan perbuatan itu, menjadi suatu kesalahan yang berlainan daripada kesalahan yang atasnya dia telah disabitkan, boleh kemudiannya dibicarakan bagi kesalahan yang akhir disebut itu, jika akibat itu telah tidak berlaku atau tidak diketahui oleh Mahkamah sebagai telah berlaku pada masa dia disabitkan.
Seseorang yang dibebaskan daripada atau disabitkan atas apa-apa kesalahan yang terjadi melalui apa-apa perbuatan boleh, walau apa pun pembebasan atau pensabitan itu, kemudiannya dipertuduh atas dan dibicarakan bagi apa-apa kesalahan lain yang terjadi melalui perbuatan yang sama yang telah dilakukannya, jika Mahkamah yang telah membicarakannya pada mula-mulanya itu tidak berwibawa untuk membicarakan kesalahan yang dengannya dia dipertuduh kemudiannya.
Penolakan sesuatu aduan, atau pelepasan tertuduh itu, bukan suatu pembebasan bagi maksud seksyen ini.
A dibicarakan atas suatu pertuduhan mencuri semasa menjadi pekhidmat dan dibebaskan. Dia tidak boleh kemudiannya, selagi pembebasan itu masih berkuat kuasa, atas fakta yang sama dipertuduh mencuri semasa menjadi pekhidmat, atau mencuri sahaja, atau pecah amanah jenayah.
A dibicarakan atas suatu pertuduhan membunuh dan dibebaskan. Tiada pertuduhan rompakan tetapi didapati daripada fakta bahawa A telah melakukan rompakan pada masa pembunuhan itu dilakukan; dia boleh kemudiannya dipertuduh atas dan dibicarakan bagi rompakan.
A dibicarakan kerana menyebabkan cedera parah dan disabitkan. Orang yang tercedera itu kemudiannya mati. A boleh dibicarakan semula bagi pematian salah.
202
Undang-Undang Malaysia
A dibicarakan dan disabitkan atas pematian salah B. A tidak boleh kemudiannya dibicarakan atas fakta yang sama bagi pembunuhan B.
A dipertuduh dan disabitkan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada B. A tidak boleh kemudiannya dibicarakan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada B atas fakta yang sama melainkan jika kes itu termasuk dalam subsekyen (3) seksyen ini.