Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXXIX · Peruntukan Khas yang Berhubungan Dengan Keterangan
395. Tatacara jika orang yang boleh memberikan keterangan material sakit tenat
Feedback & supportApabila didapati oleh seseorang Majistret bahawa mana-mana orang yang boleh memberikan keterangan material, sama ada untuk pihak pendakwaan atau pembelaan, yang menyentuh sesuatu kesalahan boleh tangkap sakit tenat sehingga pengambilan keterangannya tidak dapat dilaksanakan mengikut perjalanan biasa undang-undang, Majistret tersebut boleh mengambil deposisi orang itu dengan syarat notis munasabah sebagaimana yang dibenarkan oleh kes itu telah diberikan kepada pendakwa dan tertuduh mengenai niatnya untuk mengambil deposisi itu dan mengenai masa dan tempat yang dia berniat untuk mengambilnya.
Jika tertuduh berada dalam jagaan, seseorang Majistret boleh memerintahkan pegawai yang menjaga penjara supaya membawa tertuduh ke tempat itu pada masa yang telah diberitahukan itu dan pegawai tersebut hendaklah membawanya dengan sewajarnya.
Apabila dibuktikan pada perbicaraan tertuduh tersebut atas apa-apa kesalahan yang dimaksudkan oleh deposisi itu bahawa deponen itu telah mati atau bahawa kerana apa-apa sebab yang mencukupi kehadirannya tidak boleh didapatkan, deposisi itu boleh dibacakan sama ada bagi menyokong atau menentang tertuduh itu, walaupun dia tidak hadir pada masa deposisi itu diambil, jika deposisi itu diperakukan dengan ditandatangani oleh Majistret yang telah mengambilnya dan yang sebaliknya tidak dibuktikan atau jika ditunjukkan dengan keterangan ekstrinsik bahawa—
deponen itu pada masa dia diperiksa, sedang sakit tenat seperti yang disebut terdahulu;
deposisi tersebut telah diambil dengan sewajarnya di tempat dan pada masa yang diberitahukan itu; dan 246
Undang-Undang Malaysia
notis munasabah mengenai niat untuk mengambil deposisisi itu telah diberikan kepada orang yang terhadapnya deposisi itu diberikan sebagai keterangan supaya dia atau peguam belanya boleh hadir dan mendapat, jika dia memilih untuk hadir, peluang yang sepenuhnya bagi pemeriksaan balas.