Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXXI · Penyemakan
323. Kuasa untuk meminta rekod daripada Mahkamah rendah
Feedback & support(1)
Seseorang Hakim boleh meminta dan memeriksa rekod mana-mana prosiding di hadapan mana-mana Mahkamah jenayah rendah bagi maksud memuaskan hatinya tentang ketepatan, kesahan atau kesesuaian apa-apa dapatan, hukuman atau perintah yang telah direkodkan atau dijatuhkan, dan tentang keteraturan mana-mana prosiding Mahkamah rendah itu.
(2)
Perintah yang dibuat di bawah seksyen 97 dan 98 bukanlah prosiding mengikut pengertian seksyen ini.