Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXXIV · Prosiding dalam Hal Kesalahan Tertentu yang Menyentuh Pentadbiran Keadilan
353. Tatacara tentang kesalahan yang dilakukan dalam Mahkamah
Feedback & supportApabila mana-mana kesalahan sebagaimana yang diperihalkan dalam seksyen 175, 178, 179, 180 atau 228 Kanun Keseksaan dilakukan dalam penglihatan atau di hadapan mana-mana Mahkamah
Majistret, sama ada sivil atau jenayah, Mahkamah itu boleh menyebabkan supaya pesalah itu ditahan dalam jagaan dan pada bila-bila masa sebelum Mahkamah itu bersurai pada hari yang sama boleh, jika difikirkannya patut, mengambil kognisans mengenai kesalahan itu dan menghukum pesalah itu dengan denda yang tidak melebihi lima puluh ringgit dan, jika ingkar membayar denda itu, dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua bulan.