Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXIV · Peruntukan Am Tentang Siasatan dan Perbicaraan
253. Tatacara jika terdapat sabitan terdahulu
Feedback & supportJika tertuduh dipertuduh atas suatu kesalahan yang dilakukan selepas suatu sabitan terdahulu bagi apa-apa kesalahan, tatacara yang ditetapkan terdahulu daripada ini hendaklah diubahsuaikan seperti yang berikut:
bahagian pertuduhan yang menyatakan sabitan terdahulu itu tidak boleh dibacakan di dalam Mahkamah, dan tertuduh itu tidak boleh ditanya sama ada dia telah disabitkan terdahulu daripada itu sebagaimana yang dikatakan dalam pertuduhan itu melainkan jika dan sehingga dia sama ada telah mengaku salah atau disabitkan atas kesalahan yang kemudian itu;
jika dia mengaku salah atau disabitkan atas kesalahan yang kemudian itu, dia hendaklah selepas itu ditanya sama ada dia telah disabitkan terdahulu daripada itu sebagaimana yang dikatakan dalam pertuduhan itu;
jika dia menjawab bahawa dia telah disabitkan sedemikian terdahulu daripada itu, Mahkamah boleh meneruskan untuk menjatuhkan hukuman ke atasnya dengan sewajarnya, tetapi jika dia menafikan bahawa dia telah disabitkan sedemikian terdahulu daripada itu atau enggan untuk atau tidak menjawab soalan itu, Mahkamah hendaklah membuat siasatan berkenaan dengan sabitan terdahulu itu.