Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXVII · Hukuman dan Penjalanannya
281. Peruntukan tentang pelaksanaan hukuman mati
Feedback & supportBerkenaan dengan hukuman mati, peruntukan yang berikut hendaklah diikuti:
selepas hukuman diumumkan, suatu waran di bawah meterai
Mahkamah hendaklah disediakan bagi pengkomitan orang yang dihukum itu ke dalam jagaan pegawai yang menjaga penjara daerah, dan waran itu hendaklah memberikan kuasa penuh kepada pegawai tersebut, atau mana-mana pegawai yang dilantik olehnya bagi maksud itu, bagi menerima ke dalam jagaannya dan menahan orang yang dihukum sedemikian sehingga waran atau perintah selanjutnya daripada Mahkamah itu;
dalam kes yang notis rayuan tidak diberikan dalam tempoh yang ditetapkan, Hakim yang menjatuhkan hukuman mati itu hendaklah, secepat yang semudah boleh selepas tempoh itu luput, mengemukakan kepada
Menteri Besar bagi Negeri yang jenayah itu telah dilakukan suatu salinan nota keterangan yang telah diambil ketika perbicaraan itu bersama dengan suatu laporan secara bertulis yang ditandatangani olehnya yang menyatakan pendapatnya sama ada terdapat apa-apa sebab dan, jika ada, apakah sebabnya, mengapa hukuman mati itu patut atau tidak patut dijalankan;
dalam kes yang notis rayuan diberikan, Hakim yang menjatuhkan hukuman mati itu hendaklah, dengan secepat yang semudah boleh selepas rayuan itu diputuskan oleh Mahkamah Rayuan, mengemukakan laporan secara bertulis yang disebut dalam subperenggan (i) kepada Mahkamah Persekutuan; dan, jika Mahkamah Persekutuan menolak rayuan yang dibuat kepadanya,
Hakim yang menjalankan perbicaraan di Mahkamah itu hendaklah dengan
182
Undang-Undang Malaysia secepat yang semudah boleh selepas penolakan itu mengemukakan kepada Menteri Besar yang disebut terdahulu laporan secara bertulis tersebut bersama dengan suatu salinan nota keterangan yang telah diambil dalam perbicaraan asal, suatu salinan rekod prosiding di hadapan Mahkamah Persekutuan dan juga apa-apa laporan, jika ada, mengenai kes itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah
Persekutuan untuk dibuat yang ditandatangani oleh
Hakim yang menjalankan perbicaraan di Mahkamah
Persekutuan itu;
Menteri Besar hendaklah, apabila prosiding itu diterima, mengemukakan prosiding itu kepada Raja bagi Negeri itu dan hendaklah menyampaikan kepada Mahkamah bagi
Hakim yang menjatuhkan hukuman itu suatu salinan yang ditandatangani sendiri olehnya dan di bawah meterainya apa-apa perintah yang dibuat mengenainya oleh Raja bagi
Negeri itu, yang bertindak mengikut Perkara 42
Perlembagaan, yang perintah itu, jika hukuman itu hendak dijalankan, hendaklah menyatakan tempat hukuman mati itu dilaksanakan, dan jika hukuman itu diringankan kepada apa-apa hukuman lain, hendaklah menyatakan sedemikian;
dan jika orang yang dihukum itu diampuni, hendaklah menyatakan sedemikian;
apabila salinan perintah tersebut diterima, Mahkamah hendaklah menyebabkan supaya kesan perintah itu dicatatkan dalam rekod Mahkamah dan, apabila perintah tersebut mengarahkan supaya hukuman itu dijalankan, hendaklah menetapkan masa hukuman itu dikehendaki dijalankan dan hendaklah mengendorskan masa yang ditetapkan sedemikian dalam perintah tersebut, dan hendaklah dalam segala hal menyebabkan perintah itu dilaksanakan dengan mengeluarkan suatu waran atau mengambil apa-apa langkah lain sebagaimana yang perlu;
Raja bagi Negeri itu yang bertindak mengikut Perkara 42 Perlembagaan boleh memerintahkan suatu lega
Kanun Tatacara Jenayah 183
hukum bagi pelaksanaan waran itu dan kemudiannya menetapkan suatu masa lain atau tempat lain bagi pelaksanaannya;
waran itu hendaklah diarahkan kepada pegawai yang menjaga penjara bagi daerah yang hukuman itu akan dikehendaki dilaksanakan, yang hendaklah melaksanakan hukuman itu, mengikut undang-undang;
Pegawai Perubatan yang menjaga penjara itu, Penguasa
Penjara, Pegawai penjaga penjara itu dan mana-mana pegawai lain penjara itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Pegawai yang Menjaga penjara itu hendaklah hadir pada masa pelaksanaan hukuman itu, dan mana-mana Ketua Agama yang bertugas di penjara itu, dan mana-mana saudara-mara banduan itu atau orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Penguasa itu untuk dibenarkan masuk, boleh juga hadir;
secepat yang boleh selepas penghakiman hukuman mati telah dilaksanakan, Pegawai Perubatan itu hendaklah memeriksa tubuh orang yang telah menjalani hukuman mati itu dan hendaklah menentukan hakikat kematiannya dan hendaklah menandatangani suatu perakuan mengenainya dan menyerahkan perakuan itu kepada Pegawai yang Menjaga itu;
seseorang Majistret bagi daerah itu hendaklah, dalam masa dua puluh empat jam selepas pelaksanaan hukuman mati itu, mengadakan suatu siasatan dan memuaskan hatinya mengenai identiti tubuh itu dan sama ada penghakiman hukuman mati itu telah dilaksanakan dengan sewajarnya ke atas tubuh itu, dan dia hendaklah membuat suatu laporan mengenainya kepada Menteri Besar bagi Negeri itu;
apabila sesuatu hukuman mati dielakkan oleh sebab orang yang dijatuhi hukuman mati itu lepas lari, pelaksanaan hukuman itu hendaklah dilaksanakan pada suatu masa lain
184
Undang-Undang Malaysia selepas orang itu ditawan semula sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah;
tiada peninggalan atau kesilapan tentang masa dan tempat dan tiada kecacatan dari segi bentuk dalam apa-apa perintah atau waran yang diberikan di bawah seksyen ini dan tiada peninggalan pematuhan peruntukan perenggan
boleh dianggap sebagai menjadikan tidak sah apa-apa pelaksanaan yang dilaksanakan menurut perintah atau waran itu, atau yang diniatkan telah dilaksanakan sedemikian, atau boleh menjadikan apa-apa pelaksanaan tidak sah yang jika tidak kerananya akan menjadi sah.