Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2023Read it in English
Contents

Bab XVIII

152. Bentuk pertuduhan

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap pertuduhan di bawah Kanun ini hendaklah menyatakan kesalahan yang atasnya tertuduh dipertuduh.

(2)

Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu memberinya apa-apa nama tertentu, kesalahan itu boleh diperihalkan dalam pertuduhan itu dengan nama itu sahaja.

(3)

Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu tidak memberinya apa-apa nama tertentu, sekian banyak daripada takrif kesalahan itu mestilah dinyatakan supaya tertuduh diberitahukan tentang perkara yang mengenainya dia dipertuduh.

(4)

Undang-undang dan seksyen bagi undang-undang yang terhadapnya kesalahan itu dikatakan telah dilakukan hendaklah disebut dalam pertuduhan itu.

(5)

Hakikat bahawa pertuduhan itu dibuat adalah bersamaan dengan suatu pernyataan bahawa tiap-tiap syarat di sisi undang-undang yang dikehendaki oleh undang-undang untuk mewujudkan kesalahan yang dipertuduh itu telah dipenuhi dalam kes tertentu itu.

(6)

Jika tertuduh itu telah disabitkan terdahulu atas apa-apa kesalahan dan tujuannya adalah untuk membuktikan bahawa sabitan terdahulu itu bagi maksud menambah hukuman yang Mahkamah itu berwibawa untuk mengawardnya, fakta, tarikh dan tempat sabitan terdahulu itu hendaklah dinyatakan dalam pertuduhan itu. Jika pernyataan itu ditinggalkan, Mahkamah boleh menambahnya pada bila-bila masa sebelum hukuman dijatuhkan.

(a)

A dipertuduh membunuh B. Ini bersamaan dengan pernyataan bahawa perbuatan A terangkum dalam takrif bunuh yang diberikan dalam seksyen 299 dan 300 Kanun Keseksaan; bahawa perbuatan itu tidak terangkum dalam mana-mana kecualian am Kanun yang sama dan bahawa perbuatan itu tidak terangkum dalam

122

Undang-Undang Malaysia mana-mana daripada lima kecualian kepada seksyen 300, atau bahawa jika perbuatan itu terangkum dalam kecualian 1, salah satu daripada tiga proviso kepada kecualian itu terpakai baginya.

(b)

A dipertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada B di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan dengan menggunakan suatu alat untuk menembak.

Ini bersamaan dengan pernyataan bahawa kes itu tidak diperuntukkan oleh seksyen 335 Kanun Keseksaan, dan bahawa kecualian am itu tidak terpakai baginya.

(c)

A dituduh membunuh, menipu, mencuri, memeras ugut, mengugut secara jenayah, atau menggunakan cap harta palsu. Pertuduhan itu boleh menyatakan bahawa A telah melakukan pembunuhan atau penipuan atau pencurian atau pemerasan ugut atau ugutan jenayah atau bahawa dia telah menggunakan cap harta palsu tanpa merujuk takrif jenayah itu yang terkandung dalam Kanun Keseksaan;

tetapi seksyen yang di bawahnya kesalahan itu boleh dihukum mestilah dalam setiap keadaan disebut dalam pertuduhan itu.

(d)

A dipertuduh dengan sengaja menghalang penjualan harta yang ditawarkan untuk jualan dengan kuasa sah seorang pekhidmat awam di bawah seksyen 184

Kanun Keseksaan. Pertuduhan itu sepatutnya menggunakan perkataan itu.

Report

Bab XIX

Perbicaraan Terus Oleh Majistret

Bab XX

Bab XXI

Perbicaraan di Hadapan Mahkamah Tinggi Dengan Bantuan Pengapit

Bab XXII

Perbicaraan Dengan Juri di Hadapan

Bab XXIII

Juri dan Pengapit

Bab XXIV

Peruntukan Am Tentang Siasatan dan Perbicaraan

Bab XXV

Kaedah Mengambil dan Merekodkan Keterangan dalam Siasatan dan Perbicaraan

Bab XXVI

Penghakiman

Bab XXVII

Hukuman dan Penjalanannya

Bab XXVIII

Penggantungan, Peremitan dan Peringanan Hukuman

Bab XXIX

Pembebasan atau Sabitan Terdahulu

Bahagian VII

Rayuan dan Penyemakan

Bab XXX

Rayuan Kepada Mahkamah Tinggi

Bab XXXI

Penyemakan

Bahagian VIII

Prosiding Khas

Bab XXXIII

Orang Tidak Sempurna Akal

Bab XXXIV

Prosiding dalam Hal Kesalahan Tertentu yang Menyentuh Pentadbiran Keadilan

Bab XXXV

Nafkah bagi Isteri-Isteri dan Anak-Anak

Bab XXXVI

Arahan bagi Sifat Sesuatu Habeas Corpus

Bahagian IX

Peruntukan Tambahan

Bab XXXVII

Pendakwa Raya

Bab XXXVIII

Jaminan

Bab XXXIX

Peruntukan Khas yang Berhubungan Dengan Keterangan

Bab XL

Peruntukan Tentang Bon

Bab XLI

Pelupusan Ekshibit dan Harta yang Menjadi Perkara Kesalahan

Bab XLII

Pemindahan Kes Jenayah

Bab XLIII

Ketidakteraturan dalam Prosiding

Bab XLIV

Pelbagai

Bab V

Bab V— Persubahatan

Bab V

Bab V— Persubahatan— (Samb.)

Bab V

Bab V— Persubahatan—(Samb.)

Bab VI

Bab Vi—Kesalahan Terhadap Negara

Bab VII

Bab VII —Kesalahan yang Berhubungan Dengan Angkatan Tentera

Bab VIII

Bab VIII —Kesalahan Terhadap Ketenangan Awam

Bab VIII

Bab VIII —Kesalahan Terhadap Ketenangan Awam—(Samb.)

Bab IX

Bab IX — Kesalahan Oleh, atau yang Berhubungan Dengan Pekhidmat Awam

Bab IX

Bab IX — Kesalahan Oleh, atau yang Berhubungan Dengan Pekhidmat Awam—(Samb.)

Bab X

Bab X—Penghinaan ke Atas Kuasa Pekhidmat Awam yang Sah

Bab XI

Bab Xi—Keterangan Palsu dan Kesalahan Terhadap Keadilan Awam

Bab XII

Bab Xii—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Syiling dan Setem Kerajaan

Bab XIII

Bab Xiii—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Timbang dan Sukat

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menyentuh Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral Awam

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menyentuh Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menjejaskan Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral

Bab XV

Bab Xv—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Agama

Bab XV

Bab Xv—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Agama—(Samb.)

Bab XVI

Bab Xvi—Kesalahan yang Menyentuh Tubuh Manusia

Bab XVII

Bab Xvii—Kesalahan Terhadap Harta

Bab XIX

Bab Xix—Mungkir Kontrak Perkhidmatan Secara Jenayah

Bab XX

Bab Xx—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Perkahwinan

Bab XXI

Bab Xxi—Fitnah

Bab XXII

Bab Xxii—Ugutan Jenayah, Penghinaan dan Kegusaran

Schedules