Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XVI · Pemulaan Prosiding di Hadapan Mahkamah Majistret
136. Pengeluaran proses
Feedback & supportJika pada pendapat seseorang Majistret yang mengambil kognisans mengenai sesuatu kesalahan terdapat alasan yang mencukupi bagi meneruskan tindakan dan kes itu didapati merupakan satu kes yang mengikut ruang keempat Jadual Pertama suatu saman patut pada mula-mulanya dikeluarkan, dia hendaklah mengeluarkan suatu saman bagi kehadiran tertuduh.
Jika kes itu didapati merupakan satu kes yang mengikut ruang itu suatu waran patut pada mula-mulanya dikeluarkan, dia boleh mengeluarkan suatu waran atau, jika difikirkannya patut, suatu saman bagi menyebabkan tertuduh itu dibawa atau hadir pada suatu masa
Kanun Tatacara Jenayah 119
tertentu di hadapannya atau seorang Majistret lain yang mempunyai bidang kuasa.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menyentuh seksyen 47.