Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XLI · Pelupusan Ekshibit dan Harta yang Menjadi Perkara Kesalahan
406A. Mahkamah hendaklah menimbangkan cara pelupusan ekshibit
Feedback & supportApabila selesai apa-apa prosiding di bawah Kanun ini,
Mahkamah hendaklah menimbangkan cara bagaimana ekshibit hendaklah dilupuskan dan boleh membuat apa-apa perintah bagi maksud itu mengikut undang-undang.
Jika Mahkamah itu tidak membuat apa-apa perintah tentang pelupusan ekshibit itu, ekshibit itu hendaklah diserahkan kepada pegawai polis yang menjaga prosiding itu dan boleh diperlakukan oleh polis itu mengikut peruntukan Bab ini seolah-olah Mahkamah itu telah membuat suatu perintah atau perintah-perintah yang bermaksud sedemikian:
Kanun Tatacara Jenayah 259
Dengan syarat bahawa jika polis itu berasa ragu-ragu pada bila-bila masa tentang cara pelupusan mana-mana ekshibit yang sepatutnya, atau jika mana-mana orang menuntut supaya mana-mana ekshibit diserahkan kepadanya dan polis itu enggan menyerahkannya, polis atau orang itu boleh memohon secara terus kepada Mahkamah yang memutuskan kes itu dan Mahkamah itu hendaklah membuat apa-apa perintah berkenaan dengan pelupusan ekshibit itu sebagaimana yang sepatutnya.