Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab VI · Proses untuk Memaksa Pengemukaan Dokumen dan Harta Alih Lain dan bagi Penemuan Orang yang Dikurung Secara Salah
51. Saman supaya dokumen atau benda lain dikemukakan
Feedback & supportApabila mana-mana Mahkamah atau pegawai polis yang membuat penyiasatan polis berpendapat bahawa pengemukaan apa-apa harta atau dokumen adalah perlu atau wajar bagi maksud mana-mana penyiasatan, siasatan, perbicaraan atau prosiding lain di bawah
Kanun ini oleh atau di hadapan Mahkamah atau pegawai itu,
Mahkamah itu boleh mengeluarkan saman atau pegawai itu boleh mengeluarkan suatu perintah bertulis kepada orang yang dalam milikannya atau kuasanya harta atau dokumen itu dipercayai berada yang menghendakinya supaya hadir dan mengemukakannya atau supaya mengemukakannya pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam saman atau perintah itu.
Mana-mana orang yang dikehendaki di bawah seksyen ini semata-mata supaya mengemukakan apa-apa harta atau dokumen hendaklah disifatkan telah mematuhi kehendak itu jika dia menyebabkan harta atau dokumen itu dikemukakan dan tidak hadir sendiri untuk mengemukakan harta atau dokumen itu.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menyentuh peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keterangan yang sedang berkuat kuasa atau terpakai bagi apa-apa barang pos, telegram atau dokumen lain dalam jagaan pihak berkuasa pos atau telegraf.