Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bahagian VIII · Prosiding Khas
328. Erti “sebab kematian”
Feedback & supportDalam Bab ini, perkataan “sebab kematian” termasuklah bukan sahaja sebab kematian yang zahir sebagaimana yang boleh ditentukan melalui penelitian atau pemeriksaan post-mortem ke atas mayat si mati, tetapi juga segala perkara yang perlu untuk membolehkan suatu pendapat dibuat tentang cara bagaimana si mati itu telah menemui kematiannya dan tentang sama ada kematiannya telah disebabkan dengan apa-apa cara oleh, atau dipercepat oleh, apa-apa perbuatan atau peninggalan yang menyalahi undang-undang pada pihak mana-mana orang lain.