Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XI · Pertikaian Tentang Harta Tak Alih
99. Tatacara jika pertikaian berkenaan dengan tanah, dsb., berkemungkinan menyebabkan pecah keamanan
Feedback & supportApabila seseorang Majistret Kelas Pertama berpuas hati daripada suatu laporan polis atau maklumat lain, bahawa suatu pertikaian mungkin menyebabkan suatu pecah keamanan wujud berkenaan dengan mana-mana tanah atau air atau sempadannya di dalam had tempatan bidang kuasanya, dia hendaklah membuat suatu perintah secara bertulis yang menyatakan alasan mengapa dia berpuas hati sedemikian dan yang menghendaki pihak-pihak yang berkenaan dalam pertikaian itu untuk hadir sendiri atau melalui peguam bela di
Mahkamahnya dalam masa yang hendaklah ditetapkan oleh Majistret itu dan untuk mengemukakan pernyataan bertulis mengenai tuntutan mereka masing-masing berkenaan dengan hakikat pemilikan sebenar perkara yang dipertikaikan itu.
Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 101, ungkapan “tanah atau air” termasuklah bangunan, pasar, perikanan, tanaman atau hasil tanah yang lain dan sewa atau keuntungan bagi mana-mana harta itu.
Suatu salinan perintah itu hendaklah disampaikan mengikut cara yang diperuntukkan oleh Kanun ini bagi penyampaian suatu saman kepada mana-mana orang sebagaimana yang diarahkan oleh
Majistret itu, dan sekurang-kurangnya satu salinan hendaklah
Kanun Tatacara Jenayah 89
disiarkan dengan ditampalkan pada suatu tempat yang mudah dilihat pada atau dekat dengan perkara yang dipertikaikan itu.
Majistret itu hendaklah kemudiannya, tanpa merujuk merit tuntutan mana-mana pihak itu terhadap suatu hak untuk memiliki perkara yang dipertikaikan itu, meneliti pernyataan yang dikemukakan sedemikian, mendengar pihak-pihak itu, menerima keterangan yang dikemukakan oleh mereka masing-masing, menimbangkan kesan keterangan itu, mengambil apa-apa keterangan lanjut, jika ada, sebagaimana yang difikirkannya perlu, dan jika boleh memutuskan sama ada mana-mana pihak itu dan pihak yang manakah yang pada masa itu mempunyai milikan sebenar ke atas perkara yang tersebut:
Dengan syarat bahawa—
jika didapati oleh Majistret itu bahawa dalam masa dua bulan sebaik sebelum tarikh perintah itu mana-mana pihak telah disingkirkan dengan secara paksa dan secara salah,
Majistret itu boleh menyifatkan pihak yang disingkirkan sedemikian itu seolah-olah dia telah mempunyai milikan pada tarikh itu;
jika Majistret itu berpendapat kes itu ialah satu kes kecemasan, dia boleh pada bila-bila masa menahan perkara yang dipertikaikan itu sementara menanti keputusannya di bawah seksyen ini.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang mana-mana pihak yang dikehendaki untuk hadir sedemikian daripada menunjukkan bahawa tiada pertikaian seperti yang disebut terdahulu wujud atau telah wujud, dan dalam hal itu Majistret itu hendaklah membatalkan perintah itu dan segala prosiding selanjutnya mengenai pertikaian itu hendaklah digantung.
Jika Majistret itu memutuskan bahawa salah satu daripada pihak-pihak itu pada masa itu mempunyai milikan sebenar ke atas perkara tersebut, dia hendaklah mengeluarkan suatu perintah yang mengisytiharkan bahawa pihak itu hendaklah berhak untuk mengekalkan milikan ke atas perkara itu sehingga diusir darinya mengikut perjalanan undang-undang yang sewajarnya, dan yang
90
Undang-Undang Malaysia menegah segala gangguan terhadap milikan itu sehingga pengusiran sedemikian.
Prosiding di bawah seksyen ini tidak terhenti semata-mata oleh sebab kematian mana-mana pihak dalam prosiding itu.