Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab III · Bantuan dan Maklumat Kepada Majistret dan Polis dan Orang yang Membuat Penangkapan
14. Pegawai polis terikat untuk melaporkan perkara tertentu
Feedback & supportTiap-tiap pegawai polis dan tiap-tiap penghulu hendaklah dengan serta-merta menyampaikan kepada Majistret yang terhampir atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang terhampir apa-apa maklumat yang diketahuinya atau didapatinya mengenai—
(a)
kejadian apa-apa kematian mengejut atau luar biasa atau apa-apa kematian dalam hal keadaan yang menimbulkan syak; atau
(b)
hal terjumpanya mayat mana-mana orang tanpa diketahui bagaimana orang itu telah menemui ajalnya.