Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2023Read it in English
Contents

Bab I

2. Tafsiran

Feedback & support
(1)

Dalam Kanun ini―

“peguam bela” mempunyai erti yang diberikan oleh seksyen 3 Akta

Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388];

“kesalahan boleh jamin” ertinya kesalahan yang ditunjukkan sebagai boleh jamin dalam Jadual Pertama atau yang dijadikan boleh jamin oleh mana-mana undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa dan

“kesalahan tidak boleh jamin” ertinya apa-apa kesalahan yang lain;

32

Undang-Undang Malaysia

“komunikasi” ertinya suatu komunikasi yang diterima atau dihantar melalui pos atau suatu komunikasi telegraf, komunikasi telefon atau komunikasi lain yang diterima atau dihantar melalui cara elektrik, magnetik atau cara lain;

“pemberi perkhidmatan komunikasi” ertinya seseorang yang memberikan perkhidmatan bagi penghantaran atau penerimaan komunikasi;

“aduan” ertinya pengataan yang dibuat secara lisan atau bertulis kepada Majistret dengan tujuan supaya tindakan diambil oleh Majistret itu di bawah Kanun inibahawa seseorang, sama ada yang dikenali atau tidak dikenali telah melakukan atau bersalah atas sesuatu kesalahan;

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen, atau

Mahkamah Majistret daripada mana-mana kelas, sebagaimana yang dikehendaki oleh konteksnya;

“pegawai diplomatik” ertinya Duta Besar, Pesuruhjaya Tinggi,

Menteri, Charge d’Affaires, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Setiausaha dan Atase sesuatu Perwakilan Diplomatik Malaysia, termasuk

Suruhanjaya Tinggi mengikut pengertian Akta Pegawai-Pegawai

Diplomat dan Konsul (Sumpah dan Fi) 1959 [Akta 348];

“denda” termasuklah apa-apa denda, penalti wang atau pelucuthakan atau pampasan yang dihukumkan oleh mana-mana Mahkamah di

Malaysia atas apa-apa sabitan bagi apa-apa jenayah atau kesalahan atau bagi pelanggaran mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa;

“Hospital Kerajaan” termasuklah Hospital Universiti, Universiti

Malaya;

“Pegawai

Perubatan

Kerajaan”

atau

“Pegawai

Perubatan”

termasuklah pengamal perubatan yang telah diberi kuasa oleh Ketua

Pengarah Kesihatan Malaysia secara bertulis di bawah seksyen 34C

Akta Perubatan 1971 [Akta 50] untuk melaksanakan fungsi yang dinyatakan dalam seksyen itu;

Kanun Tatacara Jenayah 33

“siasatan” termasuklah tiap-tiap siasatan yang dijalankan di bawah

Kanun ini di hadapan Majistret;

“Inspektor Polis” ertinya Inspektor Polis daripada apa-apa kelas tetapi tidak termasuk Sub-Inspektor;

“prosiding kehakiman” ertinya apa-apa prosiding yang dalam perjalanannya keterangan diambil atau boleh diambil di sisi undang-undang;

“had tempatan bidang kuasa” bagi Mahkamah Majistret ertinya had daerah pentadbiran biasa yang terletaknya bangunan Mahkamah itu;

“Pengarah Perubatan” bagi sesuatu hospital psikiatri termasuklah

Timbalan Pengarah Perubatan;

“kesalahan tidak boleh tangkap” ertinya kesalahan yang baginya, dan

“kes tidak boleh tangkap” ertinya kes yang berkenaan dengannya seseorang pegawai polis tidak boleh pada lazimnya menangkap tanpa waran mengikut ruang ketiga Jadual Pertama;

“kesalahan” ertinya apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dijadikan boleh dihukum oleh mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa;

“Pegawai penjaga Daerah Polis” ertinya mana-mana pegawai polis yang dilantik sebagai yang demikian dan, jika mana-mana pegawai yang dilantik sedemikian tidak dapat menjalankan tugasnya kerana tidak ada, sakit atau selainnya, ertinya pegawai polis yang ditetapkan, di bawah kuasa Ketua Polis Negara untuk bertindak baginya;

“tempat” termasuklah rumah, bangunan, khemah dan vesel; “Daerah

Polis” ertinya mana-mana kawasan yang ditetapkan sebagai yang demikian di bawah Akta Polis 1967 [Akta 344], dan, melainkan jika dan sehingga sesuatu kawasan ditetapkan sedemikian, ertinya mana-mana kawasan yang dijadikan atau diiktiraf sebagai Daerah

Polis pada permulaan kuat kuasa Kanun ini;

34

Undang-Undang Malaysia

“barang pos” hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepada ungkapan itu oleh *Akta Perkhidmatan Pos 1991 [Akta 465];

“Pendaftar” ertinya Ketua Pendaftar, Timbalan Pendaftar atau mana-mana Penolong Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Mahkamah

Rayuan atau Mahkamah Tinggi;

“kesalahan boleh tangkap” ertinya kesalahan yang baginya, dan “kes boleh tangkap” ertinya kes yang berkenaan dengannya seseorang pegawai polis boleh biasanya menangkap tanpa waran mengikut ruang ketiga Jadual Pertama;

“kes saman” ertinya kes yang berhubungan dengan sesuatu kesalahan dan yang bukannya kes waran;

“kes waran” ertinya kes yang berhubungan dengan sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh melebihi enam bulan;

“pesalah muda” ertinya seseorang yang disabitkan atas kesalahan yang boleh dihukum dengan denda atau pemenjaraan yang berumur lapan belas tahun atau lebih dan di bawah umur dua puluh satu tahun.

(2)

Perkataan yang merujuk kepada perbuatan yang dilakukan meliputi juga peninggalan yang menyalahi undang-undang.

(3)

Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Kanun ini dan yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574] atau Akta

Polis 1967, dan yang tidak ditakrifkan terdahulu daripada ini hendaklah disifatkan mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh

Kanun itu atau Akta itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Nota bahu Kanun ini tidak boleh menyentuh pentafsirannya.

(5)

Walau apa pun takrif “kesalahan boleh tangkap” dalam subseksyen (1), sesuatu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan merupakan kesalahan boleh tangkap jika ia diperuntukkan dengan

*CATATAN—Akta Perkhidmatan Pos 1991 [Akta 465] telah dimansuhkan oleh Akta

Perkhidmatan Pos 2012 [Akta 741]—lihat subseksyen 110(1) Akta 741.

Kanun Tatacara Jenayah 35

nyata oleh mana-mana undang-undang bertulis lain bahawa kesalahan itu merupakan kesalahan boleh tangkap.

Report

Bahagian II

Peruntukan Tentang Mahkamah Jenayah

Bab II

Mahkamah Jenayah Pada Amnya

Bahagian III

Peruntukan Am

Bab III

Bantuan dan Maklumat Kepada Majistret dan Polis dan Orang yang Membuat Penangkapan

Bab IV

Penangkapan, Lepas Lari dan Penangkapan Semula

Bab V

Proses untuk Memaksa Kehadiran

Bab VI

Proses untuk Memaksa Pengemukaan Dokumen dan Harta Alih Lain dan bagi Penemuan Orang yang Dikurung Secara Salah

Bahagian IV

Pencegahan Kesalahan

Bab VII

Jaminan bagi Menjaga Keamanan dan bagi Kelakuan Baik

Bab VIII

Perhimpunan yang Menyalahi Undang-Undang

Bab IX

Kacau Ganggu Awam

Bab X

Perintah Sementara dalam Kes Kacau Ganggu yang Mendesak

Bab XI

Pertikaian Tentang Harta Tak Alih

Bab XII

Tindakan Pencegahan Oleh Polis

Bahagian V

Maklumat Kepada Polis dan Kuasa Mereka untuk Menyiasat

Bab XIII

Bahagian VI

Prosiding dalam Pendakwaan

Bab XIV

Bidang Kuasa Mahkamah Jenayah dalam

Bab XV

Aduan Kepada Majistret

Bab XVI

Pemulaan Prosiding di Hadapan Mahkamah Majistret

Bab XVII

Siasatan Permulaan bagi Kes yang Boleh Dibicarakan Oleh Mahkamah Tinggi

Bab XVIII

Bab XIX

Perbicaraan Terus Oleh Majistret

Bab XX

Bab XXI

Perbicaraan di Hadapan Mahkamah Tinggi Dengan Bantuan Pengapit

Bab XXII

Perbicaraan Dengan Juri di Hadapan

Bab XXIII

Juri dan Pengapit

Bab XXIV

Peruntukan Am Tentang Siasatan dan Perbicaraan

Bab XXV

Kaedah Mengambil dan Merekodkan Keterangan dalam Siasatan dan Perbicaraan

Bab XXVI

Penghakiman

Bab XXVII

Hukuman dan Penjalanannya

Bab XXVIII

Penggantungan, Peremitan dan Peringanan Hukuman

Bab XXIX

Pembebasan atau Sabitan Terdahulu

Bahagian VII

Rayuan dan Penyemakan

Bab XXX

Rayuan Kepada Mahkamah Tinggi

Bab XXXI

Penyemakan

Bahagian VIII

Prosiding Khas

Bab XXXIII

Orang Tidak Sempurna Akal

Bab XXXIV

Prosiding dalam Hal Kesalahan Tertentu yang Menyentuh Pentadbiran Keadilan

Bab XXXV

Nafkah bagi Isteri-Isteri dan Anak-Anak

Bab XXXVI

Arahan bagi Sifat Sesuatu Habeas Corpus

Bahagian IX

Peruntukan Tambahan

Bab XXXVII

Pendakwa Raya

Bab XXXVIII

Jaminan

Bab XXXIX

Peruntukan Khas yang Berhubungan Dengan Keterangan

Bab XL

Peruntukan Tentang Bon

Bab XLI

Pelupusan Ekshibit dan Harta yang Menjadi Perkara Kesalahan

Bab XLII

Pemindahan Kes Jenayah

Bab XLIII

Ketidakteraturan dalam Prosiding

Bab XLIV

Pelbagai

Bab V

Bab V— Persubahatan

Bab V

Bab V— Persubahatan— (Samb.)

Bab V

Bab V— Persubahatan—(Samb.)

Bab VI

Bab Vi—Kesalahan Terhadap Negara

Bab VII

Bab VII —Kesalahan yang Berhubungan Dengan Angkatan Tentera

Bab VIII

Bab VIII —Kesalahan Terhadap Ketenangan Awam

Bab VIII

Bab VIII —Kesalahan Terhadap Ketenangan Awam—(Samb.)

Bab IX

Bab IX — Kesalahan Oleh, atau yang Berhubungan Dengan Pekhidmat Awam

Bab IX

Bab IX — Kesalahan Oleh, atau yang Berhubungan Dengan Pekhidmat Awam—(Samb.)

Bab X

Bab X—Penghinaan ke Atas Kuasa Pekhidmat Awam yang Sah

Bab XI

Bab Xi—Keterangan Palsu dan Kesalahan Terhadap Keadilan Awam

Bab XII

Bab Xii—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Syiling dan Setem Kerajaan

Bab XIII

Bab Xiii—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Timbang dan Sukat

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menyentuh Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral Awam

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menyentuh Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menjejaskan Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral

Bab XV

Bab Xv—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Agama

Bab XV

Bab Xv—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Agama—(Samb.)

Bab XVI

Bab Xvi—Kesalahan yang Menyentuh Tubuh Manusia

Bab XVII

Bab Xvii—Kesalahan Terhadap Harta

Bab XIX

Bab Xix—Mungkir Kontrak Perkhidmatan Secara Jenayah

Bab XX

Bab Xx—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Perkahwinan

Bab XXI

Bab Xxi—Fitnah

Bab XXII

Bab Xxii—Ugutan Jenayah, Penghinaan dan Kegusaran

Schedules