Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXVI · Penghakiman
275. Hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas perempuan hamil
Feedback & supportJika seseorang perempuan yang disabitkan atas suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati dikatakan hamil, atau jika difikirkan patut oleh Mahkamah yang di hadapannya seseorang perempuan telah disabitkan sedemikian, Mahkamah itu hendaklah mengarahkan seorang pengamal perubatan atau lebih supaya diangkat sumpah untuk memeriksa perempuan itu di suatu tempat persendirian dan untuk menyiasat sama ada perempuan itu hamil atau tidak dan, jika berdasarkan laporan mana-mana daripada mereka didapati bahawa perempuan itu hamil, hukuman yang hendaklah dijatuhkan ke atasnya ialah hukuman pemenjaraan *seumur hidup sebagai ganti hukuman mati.