Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXX · Rayuan Kepada Mahkamah Tinggi
307. Tatacara bagi rayuan
Feedback & supportKecuali dalam apa-apa hal yang baginya seksyen 304
terpakai dan tertakluk pada seksyen 305 dan 306, mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan apa-apa penghakiman, hukuman atau perintah yang telah diumumkan oleh mana-mana
Mahkaamah Majistret dalam sesuatu kes atau perkara jenayah yang dia menjadi suatu pihak kepadanya boleh mengemukakan rayuan kepada
Mahkamah Tinggi terhadap penghakiman, hukuman atau perintah itu berkenaan dengan apa-apa kesilapan mengenai undang-undang atau mengenai fakta atau atas alasan bahawa apa-apa hukuman dikatakan berlebihan kerasnya atau dikatakan tidak memadai dengan menyerah simpan, dalam masa empat
204
Undang-Undang Malaysia belas hari dari masa penghakiman, hukuman atau perintah itu dijatuhkan atau dibuat, dengan kerani Mahkamah Majistret itu suatu notis rayuan dalam tiga salinan yang ditujukan kepada Mahkamah
Tinggi dan dengan membayar pada masa yang sama fi rayuan yang ditetapkan.
Tiap-tiap notis rayuan hendaklah mengandungi alamat yang apa-apa notis atau dokumen yang berkaitan dengan rayuan itu boleh disampaikan kepada perayu atau kepada peguam belanya.
Apabila suatu notis rayuan telah diserah simpan, Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat hendaklah membuat suatu salinan bertandatangan bagi alasan keputusan dalam kes itu dan menyebabkan salinan itu disampaikan kepada perayu itu atau peguam belanya dengan meninggalkan salinan tersebut di alamat yang disebut dalam notis rayuan itu atau dengan mengeposnya melalui pos berdaftar yang ditujukan kepada perayu itu di alamat tersebut.
Dalam masa empat belas hari selepas salinan alasan keputusan itu telah disampaikan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (3), perayu itu hendaklah menyerah simpan dengan kerani
Mahkamah Majistret yang perbicaraan itu telah diadakan suatu petisyen rayuan dalam tiga salinan yang ditujukan kepada Mahkamah
Tinggi.
Jika perayu dalam masa yang diperuntukkan dalam subseksyen
bagi penyerahsimpanan notis rayuannya telah memohon suatu salinan nota keterangan yang direkodkan oleh Majistret dalam perbicaraannya, dia hendaklah menyerah simpan petisyen rayuannya sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (4)—
dalam tempoh yang diperuntukkan oleh subseksyen itu;
atau
dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis ditinggalkan di alamat bagi penyampaiannya yang dinyatakan dalam subseksyen (2) bahawa suatu salinan nota keterangan boleh didapati dengan percuma,
Kanun Tatacara Jenayah 205