Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXXIV · Prosiding dalam Hal Kesalahan Tertentu yang Menyentuh Pentadbiran Keadilan
357. Keengganan untuk memberikan keterangan
Feedback & supportJika mana-mana saksi di hadapan sesuatu Mahkamah Majistret enggan menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya atau enggan mengemukakan apa-apa dokumen dalam milikan atau kuasanya yang dikehendaki oleh Mahkamah supaya dikemukakan olehnya, dan tidak memberikan apa-apa alasan yang munasabah bagi keengganan itu, Mahkamah itu boleh, atas sebab yang hendaklah direkodkan secara bertulis, menghukumnya dengan pemenjaraan selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi tujuh hari, melainkan jika dalam pada itu orang itu bersetuju untuk diperiksa dan untuk menjawab atau untuk mengemukakan dokumen itu. Sekiranya dia terus dengan keengganannya, dia boleh diperlakukan mengikut seksyen 353 atau 355 walau apa pun apa-apa hukuman yang mungkin telah dijalaninya di bawah seksyen ini.