Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XL · Peruntukan Tentang Bon
404. Tatacara mengenai pelucuthakan bon
Feedback & supportApabila―
dibuktikan hingga memuaskan hati Mahkamah yang olehnya suatu bon di bawah Kanun ini telah diambil; atau
jika bon itu adalah bagi kehadiran di hadapan sesuatu
Mahkamah, dibuktikan hingga memuaskan hati Mahkamah itu, bahawa bon itu telah dilucuthakkan, Mahkamah itu hendaklah merekodkan alasan bagi bukti itu dan boleh meminta mana-mana orang yang terikat oleh bon itu supaya membayar penaltinya atau supaya menunjukkan sebab mengapa penalti itu tidak patut dibayar.
Jika sebab yang mencukupi tidak ditunjukkan dan penalti itu tidak dibayar, Mahkamah itu boleh terus mendapatkan balik penalti itu dengan mengeluarkan suatu waran bagi penahanan dan penjualan harta kepunyaan orang itu.
Waran itu boleh dilaksanakan di dalam had tempatan bidang kuasa Mahkamah yang telah mengeluarkannya, dan waran itu hendaklah membenarkan distres dan penjualan apa-apa harta kepunyaan orang itu di luar had sedemikian apabila waran itu diendorskan oleh seorang Majistret yang di dalam had tempatan bidang kuasanya harta itu didapati.
Jika penalti itu tidak dibayar dan tidak boleh didapatkan balik melalui penahanan dan penjualan itu, orang yang terikat sedemikian boleh, melalui perintah Mahkamah yang telah mengeluarkan waran itu, dipenjarakan di dalam penjara sivil selama tempoh yang boleh sampai enam bulan.
Mahkamah itu boleh, menurut budi bicaranya, meremitkan mana-mana bahagian penalti yang disebut itu dan menguatkuasakan pembayaran sebahagian sahaja.
258
Undang-Undang Malaysia
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menghalang penalti, atau mana-mana bahagiannya, bagi mana-mana bon di bawah Kanun ini didapatkan balik di bawah peruntukan undang-undang yang berhubungan dengan tatacara sivil yang sedang berkuat kuasa.