Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab II · Mahkamah Jenayah Pada Amnya
9. Bidang kuasa jenayah Majistret
Feedback & supportTertakluk pada peruntukan Kanun ini, tiap-tiap Majistret hendaklah mempunyai kognisans dan kuasa dan autoriti untuk—
mendengar, membicarakan, memutuskan dan membereskan secara terus pendakwaan bagi kesalahan yang dilakukan keseluruhannya atau sebahagiannya dalam bidang kuasa tempatan Majistret itu dan yang boleh diambil kognisans oleh Majistret itu;
(Dipotong oleh Akta A908);
Kanun Tatacara Jenayah 37
menyiasat aduan tentang kesalahan dan menyaman dan memeriksa saksi-saksi mengenai kesalahan itu dan menyaman dan memberkas dan mengeluarkan waran bagi pemberkasan penjenayah dan pesalah, dan memperlakukan mereka mengikut undang-undang;
mengeluarkan waran untuk menggeledah atau menyebabkan digeledah tempat yang di dalamnya dikatakan ada disimpan atau disembunyikan apa-apa barang curi atau apa-apa barang, artikel atau benda yang dengannya atau berkenaan dengannya apa-apa kesalahan telah dilakukan, dan menghendaki supaya orang memberikan jaminan bagi menjaga keamanan atau bagi jaminan kelakuan baik mereka mengikut undang-undang;
mengadakan siasatan kematian; dan
melakukan segala perkara dan benda lain yang seseorang
Majistret diberikan kuasa untuk melakukannya oleh mana-mana undang-undang bertulis.