Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian V · Prosiding Tatatertib
52. Jawatankuasa Aduan
Feedback & supportMaka hendaklah ada suatu Jawatankuasa Aduan untuk mengendalikan apa-apa aduan atau maklumat yang diterima terhadap mana-mana pengamal.
Jawatankuasa Aduan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Yang Dipertua:
seseorang pengamal pergigian yang mewakili Majlis;
seseorang pengamal pergigian daripada sektor swasta yang bukan anggota Majlis; dan
seseorang pengamal pergigian daripada Kementerian
Kesihatan.
Anggota Jawatankuasa Aduan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh tahun pengalaman sebagai seorang doktor pergigian dan tidak pernah tertakluk kepada apa-apa hukuman tatatertib oleh Majlis.
Anggota Jawatankuasa Aduan hendaklah dilantik bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula.