Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2018Read it in English

Bahagian V · Prosiding Tatatertib

54. Klasifikasi aduan atau maklumat

Feedback & support

Klasifikasi aduan atau maklumat adalah seperti yang berikut:

(a)

jika aduan atau maklumat itu melibatkan apa-apa kesalahan yang disebut dalam perenggan 51(2)(a) hingga (j), dan berhubung dengan seorang pengamal pergigian sahaja atau seorang pengamal pergigian dan seorang juruterapi pergigian, aduan atau maklumat itu hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Penyiasatan Permulaan;

(b)

jika aduan atau maklumat itu melibatkan apa-apa kesalahan yang disebut dalam perenggan 51(2)(a), (b), (c), (d), (e),

(h)

dan (j), dan berhubung dengan seorang juruterapi pergigian sahaja, aduan atau maklumat itu hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib;

(c)

jika aduan atau maklumat itu melibatkan apa-apa kesalahan yang disebut dalam perenggan 51(2)(k) hingga (o), dan berhubung dengan seorang pengamal pergigian, aduan atau maklumat itu hendaklah dirujuk kepada Majlis;

(d)

jika aduan atau maklumat itu melibatkan apa-apa kesalahan yang disebut dalam perenggan 51(2)(k) hingga (o), dan berhubung dengan seorang juruterapi pergigian, aduan atau maklumat itu hendaklah dirujuk kepada Lembaga;

atau

(e)

jika aduan atau maklumat itu melibatkan suatu kesalahan yang dilakukan oleh pengamal terhadap Akta ini atau mana-mana Akta lain, aduan atau maklumat itu hendaklah dirujuk kepada Pengarah Kanan.

Undang-Undang Malaysia 52

Report

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules