Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2018Read it in English

Bahagian V · Prosiding Tatatertib

55. Jawatankuasa Penyiasatan Permulaan

Feedback & support
(1)

Maka hendaklah ada suatu Jawatankuasa Penyiasatan

Permulaan untuk menyiasat apa-apa aduan atau maklumat terhadap seseorang pengamal atau apa-apa perkara tatatertib yang boleh disiasat oleh Majlis.

(2)

Jawatankuasa Penyiasatan Permulaan hendaklah terdiri daripada tujuh anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh

Yang Dipertua:

(a)

jika hal melibatkan pengamal pergigian sahaja—

(i)

enam orang doktor pergigian, setiap doktor pergigian itu hendaklah berpengalaman tidak kurang daripada sepuluh tahun; dan

(ii)

seorang orang biasa; atau

(b)

jika hal melibatkan seorang pengamal pergigian dan seorang juruterapi pergigian—

(i)

lima orang doktor pergigian, setiap doktor pergigian itu hendaklah berpengalaman tidak kurang daripada sepuluh tahun;

(ii)

seorang juruterapi pergigian; dan

(iii)

seorang orang biasa.

(3)

Jawatankuasa Penyiasatan Permulaan hendaklah menentukan sama ada perlu atau tidak suatu siasatan diadakan berdasarkan kepada siasatannya dan hendaklah mengesyorkan dapatannya kepada Majlis.

Report

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules