Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian V · Prosiding Tatatertib
53. Aduan atau maklumat terhadap pengamal
Feedback & support(1)
Semua aduan atau maklumat yang diterima terhadap seorang pengamal hendaklah dibuat secara bertulis dan dikemukakan kepada Jawatankuasa Aduan.
Pergigian 51
(2)
Jawatankuasa Aduan hendaklah menimbang teliti apa-apa aduan atau maklumat yang diterima terhadap mana-mana pengamal berdasarkan klasifikasi aduan atau maklumat yang dinyatakan dalam seksyen 54.
(3)
Aduan atau maklumat yang diterima terhadap mana-mana pengamal dan syor Jawatankuasa Aduan hendaklah dikemukakan kepada Yang Dipertua bagi keputusannya.