Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian V · Prosiding Tatatertib
58. Hukuman tatatertib
Feedback & supportMajlis atau Lembaga boleh, dalam menjalankan kuasa tatatertibnya, mengenakan mana-mana satu atau lebih hukuman yang berikut:
memerintahkan supaya nama pengamal dipotong daripada
Daftar Pergigian atau Daftar Juruterapi Pergigian;
memerintahkan supaya nama pengamal digantung daripada
Daftar Pergigian atau Daftar Juruterapi Pergigian bagi apa-apa tempoh yang difikirkan patut oleh Majlis atau
Lembaga;
memerintahkan supaya pengamal dicela; atau
memberi amaran atau nasihat kepada pengamal.
Undang-Undang Malaysia 54
Walau apa pun subseksyen (1), Majlis atau Lembaga boleh menggantung pelaksanaan hukuman di bawah perenggan (1)(a),
atau (c), tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Majlis atau Lembaga, yang termasuklah mana-mana yang berikut, bagi tempoh tidak melebihi dua tahun:
mengarahkan pengamal untuk mendapatkan rawatan perubatan;
mengarahkan apa-apa syarat yang berhubungan dengan amalan pergigian pengamal atau penyediaan perkhidmatan pergigian pengamal, yang dianggap sesuai, dikenakan ke atas pendaftaran pengamal;
mengarahkan supaya pengamal menjalani kursus atau program pendidikan sebagaimana yang ditentukan oleh
Majlis atau Lembaga; atau
mengarahkan supaya pengamal melaporkan amalan pergigiannya kepada pengamal atau orang sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Majlis atau Lembaga, boleh membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis atau Lembaga, berkaitan dengan pembayaran kos Pendaftar Pergigian atau
Pendaftar Juruterapi Pergigian dan mana-mana pengadu atau pengamal itu, dan apa-apa kos lain yang telah ditanggung boleh didapatkan kembali sebagai hutang sivil.