Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2018Read it in English

Bahagian V · Prosiding Tatatertib

59. Perakuan hendaklah dikembalikan

Feedback & support
(1)

Pengamal yang namanya telah dipotong atau digantung daripada Daftar Pergigian atau Daftar Juruterapi Pergigian hendaklah, dalam tempoh tujuh hari dari pengumuman perintah di bawah seksyen 58, menyerahkan perakuan pendaftaran dan semua perakuan pengamalannya yang sah kepada Pendaftar

Pergigian atau Pendaftar Juruterapi Pergigian, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hukuman itu hendaklah berkuat kuasa dengan serta-merta.

(2)

Jika pengamal atau peguam bela dan peguam caranya tidak hadir di hadapan Majlis atau Lembaga pada masa pengumuman perintah itu, Pendaftar Pergigian atau Pendaftar Juruterapi Pergigian, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menghantar notis perintah yang dibuat oleh Majlis atau Lembaga kepada pengamal.

Pergigian 55

(3)

Notis dalam subseksyen (2) hendaklah dihantar ke alamat pengamalan utama pengamal atau alamat terakhirnya yang diketahui, sekiranya alamat itu berbeza daripada alamat pengamalan utamanya dan ternyata pada Pendaftar Pergigian atau Pendaftar Juruterapi

Pergigian yang penyampaian itu lebih berkesan.

(4)

Apabila menerima notis di bawah subseksyen (2), pengamal hendaklah menyerahkan perakuan pendaftaran dan semua perakuan pengamalannya yang sah kepada Pendaftar Pergigian atau Pendaftar

Juruterapi Pergigian, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis itu, dan hukuman itu hendaklah berkuat kuasa dengan serta merta.

(5)

Mana-mana pengamal yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(6)

Pendaftar Pergigian atau Pendaftar Juruterapi Pergigian hendaklah menyiarkan nama mana-mana orang yang dipotong atau digantung daripada amalan di bawah seksyen ini.

Report

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules