Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian V · Prosiding Tatatertib
56. Jawatankuasa Tatatertib
Feedback & support(1)
Maka hendaklah ada suatu Jawatankuasa Tatatertib untuk menyiasat apa-apa aduan atau maklumat terhadap seseorang juruterapi pergigian atau apa-apa perkara tatatertib yang boleh disiasat oleh Lembaga.
(2)
Jawatankuasa Tatatertib hendaklah terdiri daripada tujuh anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Yang Dipertua:
(a)
lima orang juruterapi pergigian;
Pergigian 53
(b)
seorang doktor pergigian; dan
(c)
seorang orang biasa.
(3)
Jawatankuasa Tatatertib hendaklah menentukan sama ada perlu atau tidak suatu siasatan diadakan berdasarkan kepada siasatannya dan hendaklah mengesyorkan dapatannya kepada
Lembaga.