Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian V · Prosiding Tatatertib
60. Rayuan
Feedback & support(1)
Mana-mana orang yang terkilan dengan suatu perintah yang dibuat terhadapnya oleh Majlis pada menjalankan kuasa tatatertibnya boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh perintah itu dibuat.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), amalan berhubung dengan rayuan itu hendaklah tertakluk kepada kaedah-kaedah mahkamah yang terpakai di Mahkamah Tinggi.
(3)
Mana-mana orang yang terkilan dengan suatu perintah yang dibuat terhadapnya oleh Lembaga pada menjalankan kuasa tatatertibnya boleh merayu kepada Majlis, melalui suatu notis secara bertulis, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh perintah itu dibuat.