Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 · Updated to 1 Sep 2022 · Bahagian V · Faedah
29. Penentuan tempoh untuk membuat tuntutan bagi faedah
Feedback & support(1)
Apabila tuntutan bagi faedah diterima di bawah seksyen 28,
Pertubuhan hendaklah menentukan tarikh yang orang berinsurans itu kehilangan pekerjaannya.
(2)
Jika suatu tuntutan bagi faedah dibuat selepas tempoh enam puluh hari dari tarikh yang ditentukan di bawah subseksyen (1),
Pertubuhan hendaklah menolak tuntutan itu dan memberitahu orang
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 800
berinsurans itu secara bertulis mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan.
(3)
Jika tuntutan bagi faedah ditolak di bawah subseksyen (2), tuntutan bagi faedah itu hendaklah disifatkan tidak pernah dibuat oleh orang berinsurans itu.