Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 · Updated to 1 Sep 2022 · Bahagian V · Faedah
31. Penentuan persoalan mengenai kehilangan pekerjaan
Feedback & supportApa-apa persoalan atau pertikaian mengenai sama ada kehilangan pekerjaan telah berlaku hendaklah ditentukan oleh
Pertubuhan.
Bagi maksud penentuan di bawah subseksyen (1), Ketua
Pengarah atau mana-mana pegawai Pertubuhan yang diberi kuasa oleh
Ketua Pengarah boleh merujuk kepada mana-mana pihak berkuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis bagi penentusahan kehilangan pekerjaan berhubung dengan apa-apa tuntutan bagi faedah oleh orang berinsurans di bawah Akta ini.
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 800
Jika Pertubuhan menentukan bahawa kehilangan pekerjaan tidak berlaku, tuntutan bagi faedah itu hendaklah ditolak dan tuntutan bagi faedah itu hendaklah disifatkan tidak pernah dibuat oleh orang berinsurans itu.