Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 · Updated to 1 Sep 2022 · Bahagian V · Faedah
30. Kehilangan pekerjaan
Feedback & supportKehilangan pekerjaan berlaku jika kontrak perkhidmatan orang berinsurans ditamatkan atau menjadi tidak sah disebabkan oleh apa-apa sebab selain yang berikut:
peletakan jawatan secara sukarela oleh orang berinsurans itu;
habisnya tempoh kontrak perkhidmatan orang berinsurans itu;
penamatan kontrak perkhidmatan atas persetujuan bersama majikan dan orang berinsurans itu tanpa terma dan syarat;
penyiapan kerja mengikut terma kontrak perkhidmatan;
persaraan orang berinsurans itu; atau
penamatan kontrak perkhidmatan orang berinsurans itu disebabkan oleh salah laku.
Bagi maksud perenggan (1)(a), “peletakan jawatan secara sukarela” ertinya suatu tindakan oleh orang berinsurans untuk menamatkan kontrak perkhidmatannya dengan seorang majikan pada bila-bila masa dalam tempoh kontrak perkhidmatan selain yang berikut:
Sistem Insurans Pekerjaan 29
peletakan jawatan di bawah skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama majikan dan orang berinsurans itu;
peletakan jawatan yang terjumlah kepada pembuangan kerja konstruktif atau suatu peletakan jawatan disebabkan oleh kemungkiran terma dan syarat kontrak perkhidmatan dengan sengaja oleh majikan;
peletakan jawatan disebabkan oleh apa-apa ugutan kepada orang berinsurans itu atau keluarga orang berinsurans itu, atau gangguan seksual terhadap orang berinsurans itu;
peletakan jawatan disebabkan oleh suatu perintah oleh majikan untuk melaksanakan kerja di luar skop kerja yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang berinsurans itu; atau
peletakan jawatan disebabkan oleh penutupan tempat kerja atau tempat kerja tidak beroperasi kerana bencana alam, rusuhan, kekacauan sivil, demonstrasi atau keadaan seumpamanya yang lain, atau tempat kerja menjadi tidak selamat disebabkan oleh kebakaran, kebocoran gas atau keadaan bahaya seumpamanya yang lain.