Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2022Read it in English

Bahagian V · Faedah

42. Bayaran balik faedah yang diterima secara tidak wajar

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada seksyen 39, jika orang berinsurans telah menerima apa-apa faedah di bawah Akta ini yang dia tidak berhak kepadanya, dia hendaklah bertanggungan untuk membayar balik amaun faedah itu kepada Pertubuhan, atau dalam hal kematian orang berinsurans, pentadbir harta orang berinsurans yang mati itu hendaklah bertanggungan untuk membayar balik amaun faedah itu kepada

Pertubuhan daripada harta orang berinsurans yang mati itu.

(2)

Amaun faedah yang diterima di bawah subseksyen (1)

hendaklah didapatkan balik sebagai hutang yang kena dibayar kepada

Pertubuhan.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), jika mana-mana orang telah menerima apa-apa faedah di bawah Akta ini yang dia tidak berhak kepadanya, dan kemudiannya menjadi berhak mendapat

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 800

apa-apa faedah lain di bawah Akta ini, Pertubuhan boleh menolak amaun faedah yang dia tidak berhak kepadanya itu daripada amaun faedah lain itu yang dia berhak kepadanya.

Report

Bahagian VI

Program Penempatan Pekerjaan Semula

Bahagian VII

Peruntukan Kewangan

Bahagian VIII

Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial

Bahagian IX

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Schedules